BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nora enggan rujuk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MENGENALI sosok Nora Danish Hanif, dia memang wanita yang manis. Dia seorang yang agak memendam rasa, lemah lembut dan paling sukar melampiaskan kemarahannya di hadapan orang.

Maka saat hidupnya dilanda badai dan taufan menghempas kiri dan kanan, sewaktu rumah tangga yang dibina kurang sebulan merangkak usia dua tahun berkecai, pelakon yang terkenal menerusi drama Puteri ini masih berupaya tersenyum.

Waktu itu pula, dia diceraikan suaminya, Rizal Ashram Ramli dalam keadaan sedang mengandung anak sulung mereka yang kini berusia dua bulan, Putera Raiqal Ramli Rizal Ashram Ramli.

Punca perceraian, selain daripada kurang persefahaman, turut dikaitkan dengan kehadiran orang ketiga.

Semuanya bagai satu tsunami dalam hidup Nora. Pada usia 26 tahun kini dia telah melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan.

Namun setiap ribut yang melanda, kata Nora, disertakan bersama satu ketenangan. Hanya ketenangan tersebut masih belum diraih sepenuhnya.

Selepas sekian lama pelakon ini menyepi diri, pagi Jumaat lalu dia hadir dengan semangat baru. Semangat yang lebih kuat dan terserlah melalui setiap bicaranya. Banyak perancangan yang telah disusun dalam agenda hariannya pada masa hadapan.

Umpama seorang bayi yang baru dilahirkan, Nora berkongsi cerita lara dan bahagianya. Akuinya, pada awal dirinya memegang status janda beranak satu, dia malu kepada diri sendiri.

"Saya tak tahu apa pandangan masyarakat mengenai saya pada waktu itu. Lagi pula saya bercerai dalam usia yang muda dan mempunyai anak satu. Namun lama-kelamaan saya membiasakan diri untuk hidup sebagai seorang ibu tunggal dan tidak segan membawa status ini.

"Sebagai manusia, kita tidak pernah tahu nasib seseorang. Tapi percayalah, setiap yang terjadi, ada hikmah yang menanti," katanya positif.

Mengajak Nora menyelak lara diri sepanjang proses berhadapan dengan masalah rumah tangga dan kemudian bercerai, kata Nora, ia memberi kekuatan bagi dirinya dan paling penting, ada pelajaran paling bernilai untuk dia kutip dan jadikan panduan hidup.

Antaranya, kata wanita kacukan Myanmar dan Melayu ini, dia belajar untuk lebih berhati-hati, mengenal lelaki yang didampingi secara lebih dalam lagi dan jangan pantas menyayangi seseorang.

"Saya tak pernah salahkan apa yang telah berlaku. Saya percaya runtuhnya rumah tangga adalah mungkin kerana kesilapan saya sendiri. Begitu juga dengan pihak bekas suami.

"Mungkin sewaktu berkahwin saya tidak terfikir bahawa setiap detik manis itu tidak akan kekal selamanya.

"Dan saya juga tidak mempersiapkan diri dengan dugaan-dugaan seperti ini. Jadi apabila ia datang, saya tewas," katanya berbahasa.

Nora menarik nafas panjang sebelum menyambung. Katanya, kegagalan rumah tangga yang lalu membuat dia berasa fobia dengan makhluk bernama lelaki. Keperitannya masih berbekas. Lukanya dalam, tekan Nora lagi.

Justeru, katanya, untuk masa ini, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Membesarkan Raiqal adalah fokusnya.

Tegas Nora lagi, perkataan rujuk semula juga tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya walaupun dia disarankan rujuk kembali demi masa depan anak.

"Insya-Allah, saya tidak akan rujuk semula demi anak. Saya tak mahu mengheret semua perasaan curiga saya bila kami rujuk kembali dan rumah tangga jadi tidak harmoni.

"Lagipun saya bimbang jika seseorang itu pernah melakukan perbuatan itu sekali, mustahil dia tidak boleh melakukannya lagi.

"Cukuplah dengan perceraian lalu... saya masih fobia dengan lelaki. Nak kahwin lain, rasa macam serik. Tapi saya tak mahu takbur kerana siapalah saya untuk melawan takdir Tuhan jika esok lusa, saya ditakdirkan berkahwin semula.

"Saya rasa saya menipu untuk berkata saya tidak sunyi dan memerlukan lelaki dalam kehidupan saya. Hanya sekarang bukan waktu yang sesuai," katanya panjang lebar.
 
aku pon ader...noraaaaaaa......
 
cian...cian wanita teraniaya....
 
janda comel:eek:
 
hahahaha:))
pengalaman berjalan penah ler..:))
 
cian die..
dah la comey..
xyah riso nora, ramai yg beratur tu...:D
 
Back
Top
Log in Register