BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nombor plat '1' dibida RM20 juta

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
06hmsharjah_cropped_1465169685.jpg

ARIF Ahmed yang membayar RM20 juta untuk plat Nombor 1.

Dubai: Satu plat pendaftaran kereta bernombor 1 dilelong dengan harga 18 juta dirham (RM20 juta), menurut laporan akhbar semalam.

Pembida yang memenangi nombor itu, ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arif Ahmed Al-Zaourni memberitahu Gulf News: “Saya hanya membida untuk mendapatkan Nombor 1. Impian saya ialah untuk sentiasa menjadi nombor 1.

“Saya datang ke sini kerana nombor itu sahaja dan sanggup membelinya, tidak kira berapa harganya.”

Bidaannya ialah 18 kali daripada harga rizab.

Bagaimanapun, ia bukan harga tertinggi untuk satu plat pendaftaran kereta di UAE.

Pada 2008, plat kenderaan bernombor 1 dibeli dengan harga RM58 juta di Abu Dhabi, emiriah paling kaya dalam UAE.

Nombor plat yang dibeli Arif Ahmed ialah untuk Sharjah, emiriah ketiga paling kaya dalam UAE.

Enam puluh enam nombor plat kereta dilelong kelmarin.

Nombor paling popular ialah 12, 22, 50, 100, 333, 777, 1000, 2016, 2020 and 99999.

Secara keseluruhannya, lelongan kelmarin mengumpulkan sebanyak RM56 juta. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/node/142928
 
ni baru betul main nombor... :))

kan lebih baik duit tu diarahkan ke bende yg lebih berpaedah...
manusia...
 
inilah dunia dan kemegahan
 
pak arab bila dh terlampau kaya..mcm2 bende pelik dia beli
 
CkINR9DWgAAUJ3a.jpg

LIOR5458.JPG

..
 
Lepas ni banyakla komen2 yg "holier-than-thou" drpd cgrian. Bagi aku dah duit dia, lantakla dia la dia nak buat apa dgn duit dia.
 
Lepas ni banyakla komen2 yg "holier-than-thou" drpd cgrian. Bagi aku dah duit dia, lantakla dia la dia nak buat apa dgn duit dia.


ya. betul.
tapi membazir amalan syaitan.
Allah x redha.
 
Back
Top
Log in Register