eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA TERENGGANU - Tindakan seorang remaja menunggang secara berbahaya dengan menutup separuh wajahnya seolah-olah ninja akhirnya membawa padah apabila ditahan polis dalam satu operasi mencegah lumba haram, awal pagi semalam.
Lebih mengejutkan, tangkapan itu turut berjaya membongkar kegiatan remaja berkenaan yang menunggang dalam keadaan mabuk akibat meminum alkohol dan di bawah pengaruh dadah meskipun umurnya baru mencecah 17 tahun.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Mohamad berkata, remaja yang sudah tidak bersekolah itu ditangkap, kira-kira jam 3 pagi selepas memandu dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, dia bersama tiga rakannya diarahkan berhenti di Jalan Sultan Mahmud oleh anggota polis trafik yang melakukan operasi, namun mereka tidak mengendahkan arahan itu sebaliknya memecut laju melarikan diri.
“Anggota trafik akhirnya terpaksa mengejar mereka dan keadaan suspek yang menunggang motosikal dengan cara menutup mulut serta hidung menggunakan kain menimbulkan rasa curiga. Polis nekad mengekorinya hingga dapat.
“Mengelak daripada ditangkap, suspek memecut ke arah Batu Burok dan kawasan bandar sebelum berpatah balik ke Batu Burok sehingga sanggup melawan arus serta melanggar lampu isyarat merah,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.
Bagaimanapun, Mohd Fauzi berkata, remaja berasal dari Permaisuri, Setiu, itu akhirnya tewas apabila dia gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas di belakang sebuah hotel di Batu Burok.
Menurutnya, suspek masih cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap anggota polis lalu dibawa ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu dan hasil pemeriksaan mendapati, remaja terbabit berada di bawah pengaruh alkohol.
“Ujian air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah ketika memandu. Remaja berkenaan kini ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya,” katanya.