BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ninja' awasi penjenayah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU 30 Sept. - Awas penjenayah jalanan di sekitar bandar raya ini! Ini kerana gerak-geri anda sentiasa diperhatikan oleh 'Kumpulan Ninja'.

Kumpulan Ninja yang dimaksudkan adalah Unit Motosikal Berkuasa Tinggi Johor Bahru Selatan yang ditubuhkan untuk mengadakan rondaan di sekitar bandar raya ini sejak Ogos lalu.

Apa yang pasti, kemunculan unit berkenaan mencuri perhatian ramai apabila kelihatan gah menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika membuat rondaan.

Tanpa mengira panas dan hujan, kelibat pegawai dan anggota seramai 16 orang itu agresif menjalankan tugas pemantauan di kawasan pusat bandar raya dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Menderu laju di jalanan sambil diiringi bunyi enjin yang 'mengaum' kuat, sebanyak 10 motosikal berkuasa tinggi dan dua buah kereta peronda sentiasa memantau kawasan 'panas' di bandar raya ini.

Ketua Unitnya, Cif Inspektor Mohd. Saufi Mohd. Kassim berkata, selain melakukan rondaan, pihaknya turut membuat pemantauan di kawasan lain agar kegiatan jenayah tidak berlaku.

"Walaupun kami telah mengenal pasti lima kawasan panas iaitu bandar raya ini, Taman Pelangi, Taman Abad, Larkin dan Majidee, namun ia tidak bermakna polis hanya akan memberi keutamaan keselamatan di kawasan itu.

"Masyarakat di kawasan lain tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan mereka kerana kami sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan jika penjenayah jalanan ini 'berhijrah' ke kawasan lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mohd. Saufi memberitahu, sejak unit itu diwujudkan, orang ramai memberi maklum balas yang baik dengan menyifatkannya satu kelainan dalam membuat rondaan di jalanan.

"Rondaan kami tidak mengikut waktu sebaliknya mengikut trend jenayah yang kerap dilakukan selain mengelak pergerakan kami dapat dibaca oleh penjenayah.

"Kami percaya unit motosikal ini akan membantu memudahkan orang awam yang mengalami kesulitan untuk mendapatkan maklumat atau bantuan," katanya sambil memberitahu unit itu bertugas dalam dua syif.

Mohd. Saufi berkata, semua pegawai dan anggota polis termasuk dua wanita dalam unit itu telah dilatih dengan mahir meronda menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan pada masa sama memberkas penjenayah.

Jelasnya, unit berkenaan akan melakukan latihan intensif sebulan sekali dalam usaha mengekalkan prestasi kerja pada tahap maksimum dengan memandu di dalam hutan bermula dari Setia Indah hingga ke Mersing.

"Latihan ini penting untuk menguji kemahiran unit ini untuk sentiasa bersedia berdepan dengan apa juga bentuk jenayah di jalanan.

"Ia merangkumi laluan semak dan gaung selain penggunaan senjata api dan menembak," katanya.

Ditanya kelebihan menggunakan motosikal jenis Kawasaki KLX 250 beliau berkata, kenderaan itu amat sesuai untuk aktiviti rondaan kerana lasak dalam apa juga keadaan dan cuaca.

"Malah, motosikal ini mampu melompat melepasi pembahagi jalanan untuk mengejar penjenayah jika cuba melarikan diri ke arah laluan bertentangan," katanya.
 
cehhh igtkan ninja betul...kawasaki ninja rupanya...hahaha
 
lau kerajaan bagi senjata kat mat2 NINJA nie msti lagi gempaq
 
aritu team ninja ni ade masuk dlm rancangan sahur kat tv3 tu..
 
cis mati2 aku ingat ninja turtle..ha3..
 
hahaha.. nampak je penjenayah, langgar je terus..
 
scrambler oo...mat rempit kena kejar..mmg harapan nak lepas..kekeke
 
baguslah.. rasa secure skit dari mat-mat peragut nih.. ada ke masa hujan diorang ronda? aku tak pernah perasan pulak..
 
nak lagi gempak bawak pedang jepun lah, mesti terkencit semua peragut..:D:D
 
kalo bwk pedang samurai skali lg baik.

nmpk jerk penjenayah terus sebat. :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register