BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilailah Sendiri...............

Maestro

Legendary Member
gem
Messages
12,572
Joined
Nov 11, 2009
Messages
12,572
Reaction score
4,648
Points
261
untitled.jpg


Ramai lagi masih ingat pasal Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak peduli dua kali titah Tuanku Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra ketika sedang gering dan mendapat rawatan di Singapura.

Biarpun dua kali titah perintah mengadap namun Tok Guru Nik Aziz tidak memberikan sebarang reaksi.

Apa sebab dan kenapa Mursyidul Am PAS itu gagal menurut titah perintah tuanku sultan tidaklah diketahui.

Juga tidaklah diketahui sama ada Tuanku Sultan murka atau sebaliknya terhadap sikap tidak peduli Nik Aziz, tetapi kekecewaan baginda akan kegagalan Menteri Besar itu mengadap dizahirkan oleh Tengku Temenggung Kelantan, Tunku Muhamad Fakry.

Malah lebih membingungkan lagi apabila kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan kenyataan versi yang mengelirukan dengan Menteri Besar mengumumkan yang tahap kesihatan baginda yang sedang mendapatkan rawatan di Singapura sedang berada pada tahap kritikal.

Bagaimanapun dalam masa sama Tunku Muhamad Fakry memberitahu bahawa ayahanda baginda sedang beransur sembuh dengan cepat adalah diluar jangkaan pihak tertentu di Kelantan.

Ketika Agendadaily dan beberapa orang blogger dibenarkan menemubualnya selepas turut diundang berbuka puasa bersama Tunku Muhamad Fakry di sebuah hotel di Jalan Ampang,Kuala Lumpur pada Sabtu, baginda seolah-olah nampak malas nak mengulas soal sikap ‘no action’ Menteri Besar dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS itu.

Namun, ketika ditanya apakah memang ada masalah antara kerajaan negeri atau Menteri Besar dengan Tuanku Sultan…Tengku Temenggung itu berkata, “ Tak ada masalah…tetapi mereka suka buat sembahyang hajat,”.

Ungkapan suka sembahyang hajat disebut lagi dalam nada sindiran oleh baginda apabila ditanya siapa yang membayar bil perubatan dan rawatan Tuanku Sultan di Singapura.

Tambah baginda lagi, sepatutnya kerajaan negeri yang tanggung sepenuhnya bil berkenaan.

“Tak kan seorang Sultan tak boleh jaga,” katanya.

2.jpg


Ditanya sama ada baginda kecewa dengan tindakan kerajaan negeri itu, katanya “ Saya tak kecewa… kerana mereka kerap buat sembahyang hajat,”.

Tengku Muhamad Fakry mengesahkan baginda turut sama keluar duit membayar bil perubatan tersebut.

Mengenai kesihatan Tuanku Sultan sekarang, baginda menjelaskan keadaan Tuanku Ismail Putra semakin baik.

“Alhamdulillah. Semakin baik, amat positif lepas rawatan...macam dapat enjin baru. Dulu masa pergi (Singapura) tak boleh bercakap, sekarang boleh bercakap,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya harapannya terhadap kesihatan ayahandanya itu, Tengku Temenggung itu menyerahkan kepada doktor yang menjalankan rawatan dan setakat ini doktor memberi harapan yang positif.

Jawapan baginda ketika ditanya sama ada Nik Aziz ada menghadap Tuanku Sultan selepas baginda pulang ke Kelantan, sekali lagi bernada sindiran.

“Jarang…jarang. Mungkin sibuk nak dapat royalti minyak,” kata Tengku Muhamad Fakry yang berjubah serba putih dan berkopiah putih.

Baginda mengakui kerajaan Pusat turut beri sokongan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan bantuan doktor tentera.

Baginda bagaimanapun enggan ulas panjang insiden anggota polis ‘ambush’ kenderaan dinaiki Tuanku Sultan atas sebab banyak kes mahkamah.

“Kena tanya IGP (Ketua Polis Negara). Saya ada jumpa Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) tetapi biarlah mereka jawab,” katanya.

Mengenai kisah mengatakan berlaku pergelutan kuasa antara baginda dengan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra, baginda berkata hubungan mereka adalah baik.

Baginda juga berkata dirinya mengambil sikap tidak ambil tahu mengenai kisah mengenai hal berkenaan.

“Saya tak pernah ambil tahu, saya tak suka ambil tahu. Pada waktu lapang saya suka teh tarik, main jet ski dan snorkling...itu sahaja aktiviti saya. Kalau orang nak cakap, itu mereka cakaplah, saya tak ambil tahu,” katanya.

Selain itu katanya, baginda turuk sibuk dengan Yayasan Tengku Temenggung Kelantan (YTTK) yang ditubuhkan tahun lalu.

“Kita ada majlis berbuka puasa. Jika tahun lalu ada kira-kira 60 orang sahaja anak yatim dan orang kurang upaya, tahun ini dah double,” katanya.

Selain membantu golongan kurang bernasib baik itu, YTTK turut membantu mangsa bencana alam termasuk kebakaran.

Malah baginda akan pulang ke Kelantan beberapa hari ini selepas dapat laporan kejadian kebakaran membabitkan beberapa keluarga di Kampung Pasir Kumboh.

Sehubungan itu, baginda menyeru syarikat dan pihak tertentu membantu YYTK dengan meyalurkan dana kerana sumbangan kepada yayasan itu dikecuali cukai.-28/8/2010


http://www.agendadaily.com/cmsprevi...e.Article_ba9f03aa-7f000010-1d956ad0-fbc1d655


Aku rasa majoriti rakyat kelantan kenal sangat ngan tengku Fakhry ni
:-?:-?:-?
 
haha...hidang berbuka wat LGE cepat, Sultan sendiri yang Islam dibuat tak tahu pulak?
politik2....dap lagi penting dari tolong sesama Islam???
 
chehh... bini sendiri pun tak terjaga... :D

sebelum nak sibuk2 kacau pentadbiran negeri, JAGA dulu bini dia tue... si manohara... skang macam dah jadi jalang kat indon sana... clubbing sosial sana sini...

nie dah cerai ke belum?...

kalau belum... bukan ke DAYUS nama nya tue?...

hehee... :)paid
 
sesiapa yg kelabu mata dengan harta, kuasa + wang ringgit akan diperalatkan umno..
 
kalau yg baca artikel ni bukan org kelantan mungkin percaya dgn statement tg temenggung tu TETAPI jika...

Org kelantan mmg dah tahu perangai tg temenggung ni mcm mana so mmg payah nak percaya...
 
blh percaya ke dia ni ?
 
Yang aku tak tahan ayat kuar duit die sendirik bayar perubatan ayahahnda kahkahkah...lucu sesangat....
 
Back
Top
Log in Register