ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Tidak cukup rasanya bagi pengunjung ke Langkawi hanya mengetahuinya sebagai destinasi pelancongan. Ramai yang datang ke pulau di Kedah itu hanya tahu dengan keindahan alam semula jadi nya dengan aktiviti air yang begitu popular sesuai dengan bentuk muka bumi dan aset yang dimiliki.
Di sebalik semua itu, Langkawi bukan hanya memiliki aset semula jadi yang menjadi daya penarik tetapi atas usaha oleh Jabatan Perikanan, pulau berkenaan bakal terkenal dengan pusat perkembangan industri akuakultur tidak lama lagi.
Rakyat Malaysia khususnya yang pernah ke pulau tersebut pasti pernah mendengar mengenai gamat yang agak sinonim dengan Langkawi.
Namun menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Dr. Mazuki Hashim, pulau tersebut sangat berpotensi untuk membangunkan indusri akuakultur.
“Oleh itu, kita telah ada Zon Industri Akuakultur (ZIA) di situ sebagai kawasan tumpuan pembangunan bidang berkenaan,” ujarnya.
Untuk tujuan itu juga, jabatan tersebut telah menubuhkan institut penyelidikan perikanan (FRI) yang dikenali Pusat Penyelidikan Marikultur Langkawi di Bukit Malut.
Kompleks yang dibangunkan dengan harga RM3 juta itu dilengkapi dengan bangunan pejabat, makmal penyelidikan dan penetasan atau pusat pembiakan benih.
Beliau berkata, selain gamat, dua lagi komoditi yang akan dibangunkan ialah rumpai laut dan ikan laut.
Penyelidikan tersebut meliputi pembiakan dan pembenihan rumpai dan lobster selain ikan laut.
Beliau berkata, pusat tersebut akan diketuai oleh seorang pengarah dan 15 penyelidik.
Beliau mahu supaya pusat tersebut yang ditubuhkan bulan lepas berperanan memanfaatkan sumber yang terdapat di Langkawi.
Industri gamat sebagai contoh, telah lama dikenali di pulau tersebut manakala industri rumpai laut akan diusahakan bersama nelayan.
“Kita boleh ambil kesempatan daripada aset dan sumber ini (untuk membangunkan industri akukultur Langkawi),” ujarnya.
Dalam pada itu, terdapat 26 pengusaha industri ternakan sangkar laut terbuka di pulau berkenaan termasuk inkubator jabatan iaitu Sea Stock Enterprise dan Aqua Grow Corporation Sdn. Bhd.
Jumlah sangkar atau petak ternakan keseluruhan adalah 2,572 unit bersaiz 6 meter (m) x 6 m melibatkan kawasan keseluruhan 93,513 m persegi.
Setakat ini, jumlah pengeluaran ialah 200 tan metrik bernilai antara RM8 hingga RM10 juta manakala jumlah yang berpotensi dibangunkan mencecah 10,000 unit dengan nilai antara RM30 juta hingga RM40 juta.
Bagi projek tersebut, penggunaan sangkar adalah antara yang paling popular. Malah sebuah program dikenali sebagai Program Agroprenuer Muda diwujudkan melibatkan bilangan pelbagai jenis material sangkar iaitu empat segi high density polyethlyene (HDPE) pada saiz 6 mx 6 m sebanyak 34 dan unit, sangkar kayu 88 unit (6m x 3 m).
Kawasan operasi ialah di perairan Sungai Menghulu manakala spesies ikan yang diternak ialah kerapu harimau, kerapu cantik, kerapu botol dan siakap.
Syarikat Seastock Enterprise telah dipilih sebagai peserta dan juga peneraju kepada siswazah yang terlibat dalam Program Agroprenuer Muda tersebut dengan anggaran hasil 74,165 kg bernilai nilai hampir RM 3 juta.
Sebagaimana diketahui, gamat merupakan antara spesies yang menjadikan Pulau Langkawi terkenal.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan telah mewujudkan projek gamat bersepadu yang telah bermula pada tahun lalu meskipun penyelidikan mengenai telah pun bermula sejak tahun 2010.
Projek tersebut melibatkan usaha sama di antara Jabatan Perikanan, Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPeK) dan syarikat peneraju.
Jabatan Perikanan menyediakan hatceri atau pusat penetasan, pengkultur ternakan, kilang pemprosesan, dan ruangan pemasaran manakala KPeK terlibat dalam aktiviti ternakan, pemprosesan dan pengusaha bot pelancongan.
Syarikat peneraju pula menguruskan hatceri, pembelian balik hasil ternakan, pemprosesan dan pemasaran hasil.
Jabatan tersebut memperuntukan sebanyak RM1,050,000 pada tahun lalu bagi pembangunan gamat di Langkawi. Semua peruntukan tersebut adalah untuk pembangunan gamat secara menyeluruh.
Antara pembangunan yang dilakukan adalah penambahan pembinaan kandang ternakan lapan hektar (ha), perolehan benih dan latihan.
Satu lagi projek yang dilaksanakan adalah projek tanaman rumpai laut.
Projek perintis diusahakan oleh Hashim Saad di kawasan perairan Pulau Gasing dan Pulau Pasir menggunakan kaedah kitar polar sebanyak 200 unit. Benih rumpai laut ini diperoleh dari Sabah.
Berdasarkan statistik jumlah pengeluaran tahun 2014 adalah 1. 3 tan.