BTC USD 84,751.8 Gold USD 4,359.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilai Felda Global melonjak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Hari pertama penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia, semalam menyaksikan nilai syarikat komersial FELDA itu melonjak RM2.73 bilion.

Ini sekali gus membuktikan kejayaan usaha kerajaan meningkatkan nilai aset FELDA, skim yang ditubuhkan lebih 50 tahun lalu bagi menaikkan taraf hidup rakyat miskin luar bandar.
Berdasarkan harga penutup RM5.30 sesaham semalam, nilai modal pasaran FGV adalah RM19.3 bilion. Ini berbanding RM16.6 bilion berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.
Ia meletakkan syarikat itu di kalangan 15 syarikat senaraian awam terbesar negara dari segi nilai modal pasaran yang kini diterajui Malayan Banking Bhd (RM64.9 bilion) dan Sime Darby Bhd (RM57.7 bilion). IPO FGV yang meraih RM10.4 bilion adalah yang ketiga terbesar di Malaysia setakat ini dan kedua terbesar di dunia bagi tahun ini selepas Facebook.

Di sebalik beberapa berita negatif yang menyelubungi FGV menjelang penyenaraiannya, saham syarikat itu membuat kemunculan sulung memberangsangkan apabila dibuka pada RM5.39 sesaham, naik 84 sen atau 18.46 peratus daripada harga IPO.

Dalam 30 minit pertama urus niaga, harga sahamnya mencecah paras tertinggi RM5.46, dan kekal melebihi RM5 sesaham pada sesi dagangan petang, sebelum ditutup pada RM5.30, naik 75 sen atau 16 peratus.

FGV juga muncul kaunter paling aktif dan paling untung di Bursa Malaysia dengan sejumlah 2.615 juta saham bernilai RM1.4 bilion diurusniagakan.
Penganalisis yang dihubungi yakin saham FGV akan terus mendapat sokongan pelabur walaupun pasaran global ketika ini masih tidak menentu, kesan daripada krisis hutang di negara Kesatuan Eropah.

Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata kenaikan 84 sen FGV pada minit pertama dagangan sahamnya adalah isyarat jelas pelabur sama sekali tidak teragak-agak untuk melabur dalam syarikat itu.

Prospek harga saham FGV amat cerah. Kami menjangkakan ia mudah untuk mencecah RM5.53 sesaham dan seterusnya melonjak ke paras RM6 sesaham sebelum akhir tahun ini, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, berkata penyenaraian FGV menandakan permulaan kepada transformasi syarikat daripada jaguh kampung kepada konglomerat multinasional terkemuka.

Justeru, bersandarkan prospek pengembangan perniagaan dalam dan luar negara, saya nasihatkan peneroka tidak menjual saham mereka. Sebaliknya, jika ada duit lebih, beli dan tambah lagi, katanya selepas majlis penyenaraian FGV.

Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad pula menyifatkan harga pembukaan berkenaan adalah dalam jangkaan berdasarkan permintaan kukuh serta jumlah lebihan langganan saham yang diterima syarikat itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menjaga FELDA, berkata kejayaan penyenaraian FGV secara tidak langsung memperlihatkan daya tahan bursa saham tempatan, sekali gus membuktikan pasaran IPO di negara ini kekal kukuh.

Permulaan yang baik ini juga menunjukkan keteguhan ekonomi ASEAN berbanding bahagian dunia yang lain, katanya.

Beliau berkata, penyenaraian FGV bukan saja memberikan sumber pendapatan baru untuk peneroka, malah peluang kepada semua kumpulan masyarakat untuk terbabit dalam perniagaannya serta menikmati pulangan daripadanya.
 
kalau naik dipalu kompang tiap2 hr, kalau turun senyap jer nnt.
 
benda biasa jika nilai saham naik ketika penyenaraian...
 
KUALA LUMPUR: Hari pertama penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia, semalam menyaksikan nilai syarikat komersial FELDA itu melonjak RM2.73 bilion.



"Beliau berkata, penyenaraian FGV bukan saja memberikan sumber pendapatan baru untuk peneroka, malah peluang kepada semua kumpulan masyarakat untuk terbabit dalam perniagaannya serta menikmati pulangan daripadanya".

Sumber pendapatan baru? at closing 5.30, peneroka akan untung RM50,000 lebih...eh silapppp rm5ratus lebis SAHAJA. Sumber pendapatan baru? Kalau tak jual sekarang, 6 bulan lagi kena forced sale oleh pihak bank...pasal pinjam duit beli saham. Ada kemungkinan utk rugi laaa...negative.

Buat la PRU cepat....heheheheh
 
pasaran saham penuh dengan spekulasi..hari ni naik tinggi esok lusa boleh aje jatuh bergolek....

hope sentiasa naik lah...tp ada ke yang sentiasa naik tak pernah turun-turun..huhuhuhuhuh
 
Oouh! Bahaya ni!....

original_banner_felda_logo.jpg
FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD (5222)
charts.pl
 
bengo**g memang la baru disenaraikan ia melonjak...cuba tgk bulan depan atau bulan seterusnya...kalau felda takde hasil saham pun menjunam jatuh
 
Back
Top
Log in Register