BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nilai 3 semakin suram, sunyi

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
image.jpg


NILAI - Ratusan peniaga permaidani, kain dan kelengkapan perkahwinan di Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini merayu kepada kerajaan negeri supaya menyelamatkan kawasan tersebut daripada terus mati sekali gus mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

Pusat Perniagaan Nilai 3 yang suatu masa dahulu terkenal tempat membeli kelengkapan perkahwinan dan permaidani dalam kalangan rakyat Malaysia semakin kurang dikunjungi orang ramai sejak beberapa tahun lalu.

Keadaan itu meresahkan ramai peniaga pusat perniagaan berkenaan yang pernah dianggap sebagai syurga beli-belah terutamanya bagi rakyat Malaysia yang gemarkan set permaidani dan kain.

Peniaga permaidani, Shah Khalid, 33, berkata, dia yang sudah beberapa tahun berniaga di lokasi itu dapat merasai sam*butan pelanggan yang semakin hambar.

“Dulu tempat ini sa*ngat ramai pengunjung. Sejak dua tiga tahun lalu, bi*langan orang ramai ke sini semakin kurang. Saya tidak tahu mengapa.

“Jika dulu saya boleh buat jualan sehingga RM4,000 sehari, sekarang dapat RM1,000 lebih sahaja. Ramai peniaga di sini terpaksa turunkan harga tetapi masih kurang pe*ngunjung,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini *baru-baru ini.

Seorang lagi peniaga permaidani dan tilam, Ikhtiar Ali, 42, berkata, Pusat Perniagaan Nilai 3 yang mula beroperasi sebagai pusat jualan kelengkapan perkahwinan serta permaidani pada tahun 2001 sangat popular dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, sambutan semakin merosot dan perubahan itu dapat dirasai apabila kea*daan lalu lintas tidak lagi sesak dengan kenderaan serta orang ramai mudah mencari parkir.

Katanya, jika sebelum ini pada hari minggu atau menjelang musim pe*rayaan, Pusat Perniagaan Nilai 3 pasti dibanjiri orang ramai tetapi berlainan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Justeru, beliau berharap ada pihak termasuk kerajaan negeri dapat membantu mempromosi dan mempopularkan semula kawasan itu.

http://www.kosmo.com.my/negara/nilai-3-semakin-suram-sunyi-1.915205?fbclid=IwAR3eOtrWEitlQl_WVeyidFNIaIhIW485s4dZkrYm7i9TZTWJBruDGCK9jmQ
 
nilai 3 sekarang bukan kat nilai je..kat seri iskandar pun hado...
 
Padan muka.. Pakistan2 dok bising pehal plak. Patut org malaysia boikot ja pakistan bangla yg niaga bg lingkup..balik p niaga kt negara depa x pyh nk nyemak2 buat kesian kt sini bisnes x laku..dulu time laku ntah2 sesen pun x byr cukai.
 
untung paki dok sabah dapat ic biru.. dok semenanjung kerajaan bantu.. sebijik perangai orang kemboja.. kemudian makan tuan..
 
betul jugak kot

sebab aku pegi masa budak dah start cuti sekolah nak raya

biasa je orang, takde la sesak sangat
 
baguihla la ni x dak duit boleh la pikiaq duit xdak..
kalau ada duit dok pikiaq nk kacau anak dara/bini org ja..
padan muka..hahaha..
 
bukan pakistan yang ramai ke jadik taukey

takde kaitan dgn ekonomi malaysia pun
 
orang dah kurang membeli...takde keje duk membazir beli karpet banyak2..nak kahwin pun bajet jer sekarang...duit bernilai nak teruskan hidup
 
impak daripada bisnes online yg tgh berkembang kat malaysia.....
 
Back
Top
Log in Register