BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nik Mohd Noor Dilantik Setiausaha, CEO EAIC

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Nik Mohd Noor Dilantik Setiausaha, CEO EAIC​

1a2e276e145e5a1702e6101735094b91689567db60a63


Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengumumkan pelantikan Nik Mohd Noor Nik Kar sebagai setiausaha merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) agensi berkenaan berkuat kuasa hari ini.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang perundangan menerusi khidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Pegawai Undang-Undang (Gred Utama C) dan Ketua Seksyen di Seksyen Kes-Kes Terkelas, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara (2024 hingga 2026).

EAIC dalam kenyataan memaklumkan beliau pernah berkhidmat di Bahagian Guaman, iaitu Unit Kontrak dan Kecuaian Perubatan dari 2010 hingga 2017.

“Beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah Guaman Negeri di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Pengarah Guaman Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengarah Biro Bantuan Guaman Sarawak dan Pegawai Siasatan di Kementerian Dalam Negeri.

“Pelantikan ini akan memastikan kesinambungan pentadbiran dan tadbir urus EAIC dalam melaksanakan fungsi serta mandat di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009,” menurut EAIC.

Dalam pada itu, EAIC turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Asliza Ali atas komitmen, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh dua tahun menerajui pentadbiran EAIC sejak  2024.

 
Back
Top
Log in Register