BTC USD 85,569.5 Gold USD 4,344.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Razali Dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,358
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,358
Reaction score
346
Points
141
0e8eec39ce869ce34ffb3cf2c79ad4d862fa63c00bbab


Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Mohd Razali Wahab dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Razali, 59, atas pelantikan itu.

Mohd Razali adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Pengurusan Sosial dan Infrastruktur) dari Universiti Malaya dan pemegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Meiji, Jepun.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama lebih 31 tahun, bermula sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Penerangan pada 1994.

Pada 2022, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah NADMA.

“Dengan kepimpinan dan pengalaman beliau, saya yakin penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus cemerlang dan dapat memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Sabah,” kata Shamsul Azri.

 
Back
Top
Log in Register