nasiayampedas2005
Fun Poster
- Messages
- 760
- Joined
- Nov 15, 2006
- Messages
- 760
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
hahah tok guru nak kata camtu.. kalau nasi ayam pedas kata gitu kat dia aku percaya hahaha
Laman TKO bacul dan peminta sedekah ni pun cedok sumber berita ni sebagai bahan... mueheheh..
Perokok macam haiwan, tak guna akal
Posted on Saturday, October 20 @ 21:11:08 MYT by SongkokPutih
Berita Sumber Bernama
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengibaratkan perokok yang enggan menggunakan akal untuk menjaga kesihatan mereka adalah seperti haiwan yang tidak mempunyai fikiran.
Beliau berkata ini kerana orang masih merokok walaupun mereka tahu bahaya merokok kepada kesihatan.
"Tetapi kenapa perokok tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir untuk berhenti merokok sedangkan mereka sedar tentang bahayanya. Makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama dengan haiwan, kerana haiwan tidak dianugerahkan pemikiran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen kesedaran berhenti merokok di kalangan rakyat Kelantan di sini hari ini.
"Meminum arak dan berjudi merupakan perlakuan yang dilarang Islam kerana ianya memudaratkan dan ini sama juga dengan merokok kerana ianya memudaratkan diri sendiri," kata Nik Aziz.
Beliau berkata tabiat merokok, berjudi dan minum arak tidak mendatangkan sebarang faedah kepada manusia malah lebih memudaratkan.
refer : http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=4210
ini belom lagi kawan karib mereka...
Kalau saya binatang sekalipun ...
Posted on Sunday, October 21 @ 14:11:28 EST by reformis
Pendapat Saya tak kisah, saya tak marah. Tetapi, bagaimana dengan mereka (perokok) yang hendak dijinakkan? Nak jawab apa kalau dalam pilihan raya nanti mereka berkata, "Dah kata kami ni binatang, buat apa nak minta undi kami? Undi binatang pun nak jugak?"
Oleh Penarik Beca
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perokok seperti haiwan. Ketika mendengar berita itu disiarkan TV, saya terus tidak bersetuju. Bagi saya, bahasanya agak kasar.
Saya tahu, bila saya membantah, orang akan kata, memanglah bakaq akan bantah sebab dia perokok tegar. Saya tidak ada apa-apa penafian untuk dibuat. Boleh kata apa saja. Tidak perlu percaya kalau tak nak percaya bahawa bantahan saya ini bukan kerana saya perokok - this is not personal.
Saya dapat memahami, Tok Guru mungkin dah bosan kerana telah berkali-kali melarang malah merayu supaya dihentikan perbuatan merokok. Ramai yang pekakkan telinga dan jiwa termasuk saya. Tetapi itu tidak memberi lesen kepada seorang yang sangat dihormati seperti beliau untuk mengeluarkan perkataan yang kasar kepada sang perokok.
Kalau dia marah saya, tak mengapa. Saya tetap penyokong PAS. Saya tetap mengasihi dan menghormatinya. Saya juga tak berhasrat nak melawan sebarang tegahan merokok. Memang saya kuat hisap kretek, tetapi saya tidak pernah bantah orang yang menegah perbuatan merokok. Dah memang tak elok.
Malah, saya sendiri pun melarang keras anak-anak saya merokok. Maklumlah, kalau binatang sekalipun saya ini, saya tak mahu anak-anak saya menjadi binatang. Tentulah sebagai abah mereka, saya mahu anak-anak saya menjadi manusia - jadi orang, bukan binatang. Tambahan pula, tidak ada tolak ansur dalam soal hukum-hakam. Imam Khomeini quddisa sirruh mengeluarkan fatwa yang mengharamkan orang yang tidak merokok memulakan perbuatan merokok.
AlhamduliLlah, setakat ini mereka masih terpelihara dari rokok. Mudah-mudahan Allah mengekalkan mereka sebagai manusia yang tidak merokok.
Itu saya. Saya tak kisah, saya tak marah. Tetapi, bagaimana dengan mereka yang hendak dijinakkan? Nak jawab apa kalau dalam pilihan raya nanti mereka berkata, "Dah kata kami ni binatang, buat apa nak minta undi kami? Undi binatang pun nak jugak?"
Sebab itulah saya membantah perkataan kasar dari pemimpin seperti Tok Guru. Saya tak perlu beritahu dia tentang ayat-ayat al-Quran. Dia lebih tahu dari saya.
Cukup sekadar saya ingatkan diri saya sendiri bahawa Allah memerintahkan supaya menggunakan kata-kata yang lemah lembut hatta dengan Fir'aun sekalipun.
"Maka berbicaralah kamu berdua (Nabi Musa 'a.s. dan Nabi Harun 'a.s.) kepadanya (Fir'aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Q.S 20;44).
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (Q.S.16:125).
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentu mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Q.S. 3;159)
Saya tertarik dengan fatwa Ayatullah Naser Makarem Shirazi mengenai merokok yang tidak pula kedengaran kasar:
As a group of well informed physicians and university professors have recently testified and approved, and since we have received shocking statistics indicating death rate and the dangerous diseases caused by smoking, it is now certain and sure that the important threats of cigar smoke is a fact, and even the children of smoking people, and their associates are not secure from it.
Hence, we issued the decree for absolute ban, and we ask God to protect all Moslems in the world, particularly the dear youth, who are the first victims of this destructive blight, so that they would keep watch vigilantly themselves, their relatives and friends. We wish to be alive and see that our society has become clean from the taint of this dirty smoke.
Shirazi tidak mengecam perokok dengan tuduhan seperti binatang dan sebagainya. Beliau hanya berdoa semoga Allah melindungi umat Islam, terutama anak-anak muda, dari rokok.
Menarik juga di baca pandangan seorang penulis mengenai perbezaan pandangan Ayatullah Shirazi dan Ayatullah Sayyid Ali Sistani dalam soal merokok:
Shirazi is categorical in declaring that smoking tobacco in any form and under any circumstances and by anyone is a sin. He uses the term “haram” (forbidden). Shirazi bases his position on verse 195 of the surah Al-Baqara in the Qur’an which admonishes Muslims not to lead themselves to destruction. The verse, however, has hitherto been interpreted as a command to believers not to take suicidal action in war.
Sistani’s fatwa says that smoking is not forbidden as such but anyone who knows that it is harmful to his or her health should refrain from doing so. He regards the issue of smoking as one to be settled by human reason and individual choice, not through anathema and interdict. In doing so, Sistani shows that in most issues concerning human existence, “reason” must prevail over dogma. The “texts” should be used for graver issues that fall beyond fallible human reasoning.
Berikut ialah fatwa Sistani:
Smoking becomes harãm for the beginner if it entails serious harm, even at the future, regardless of whether that serious harm is certain, most probable, or just probable so much so that sensible people would demand caution. However, with the protection from serious harm (for example, by smoking less frequently), there is no problem in it.
If continuing to smoke will cause serious harm to the compulsive smoker —as explained above— it is necessary for him to refrain from it unless the harm in quitting is similar, greater than to the harm in continuing, or the great difficulty that he will face in quitting is such that it cannot be normally tolerated.
Jawapan yang diberikan oleh pejabat Ayatullah Sayyid Ali Khamene'i juga agak senada dengan fatwa Ayatullah Sistani:
Bismihi Ta`ala. If smoking leads to considerable harmful effect on the body, one would neither be allowed to smoke it nor to buy it for this purpose, with no difference between smoking a cigarette or a narghile (sheesha).
Kesimpulanya, saya kena belajar berhenti merokok!
refer : http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=908
KESIMPULAN : Nik Aziz ni bagi penganut PAS maksum gila ... mana penah buat dose.... muehehehe
