BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NIk Aziz tak restui PKR

check akhbar wasilah terbaru
ada cakap keadilan takkan bertanding di Kelantan.
Kerana PAS syok sendiri ingat dia kuat sgt di kelantan.
 
Keadilan Pusat telah membuat pendirian mereka tidak akan bertanding di Kelantan. Keputusan Keadilan itu membuatkan berlaku sedikit pertelingkahan di antara keadilan dengan PAS. Namun sejauh mana benar atau tidak keputusan keadilan pusat ini kita boleh tunggu sehingga pilihanraya umum akan datang.

http://pandangankita.blogmas.com/
sumber blog. sumber dlm ahbar wasilah tu takda dlm online
 
ni petikan daripada penyokong PAS sendiri!
http://kickdefella.wordpress.com/2008/01/18/thank-you-ayah-zit/

bukti aku bukan pelaga2kan PAS dgn keadilan. sememangnya NIk aziz tak setuju dgn perjuangan keadilan! mcm ni ke loose coalition yg nak memerintah negara???

PKR’s Credibility Eroding, Says Nik Aziz


KOTA BAHARU, Jan 18 (Bernama) — Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who is Kelantan Menteri Besar, says Parti Keadilan Rakyat (PKR) is in “a state of disorder” and he believes that the PKR’s credibility is eroding.

He said Pas would not rely on a cooperation with the PKR but was more willing to have a straight contest against Barisan Nasional (BN).He was commenting, after delivering a weekly lecture at his party’s office here Friday, on a reported statement by the PKR recently that it would not contest in Kelantan in the coming general election.”We had the experience of cooperating with Parti Melayu Semangat 46 in the 1990s, then the pact crumbled and they returned to Umno,” he said.However, he said, the relationship between Pas and the PKR was still good and it would continue as long as the PKR still needed Pas as a partner.



Nik Aziz tidak yakin pada PKR, anggap ia “bercelaru”18-01-2008 07:05:33 PM
KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu “mencelarukan”.

Malahan, katanya, Pas lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat Pas di sini hari ini, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman Pas menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980an dan awal tahun 90an.

“Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan Pas dan dia masuk semula Umno,” kata Nik Aziz.

Pada pilihan raya umum 2004, PKR bertanding tiga kerusi negeri dan satu kerusi parlimen di Kelantan tetapi tewas kesemuanya.

Ketika ditemubual oleh media Indonesia, Nik Aziz berkata Pas akan menyertai pilihan raya selagi sistem itu membolehkannya untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tidak mungkin Pas menolaknya dan menggunakan kekerasan dalam mendapat kuasa, katanya ketika ditanya oleh wakil Metro TV dari Indonesia mengenai kedudukan Pas dalam sistem pilihan raya di negara ini.

“Setakat ini itulah sistem yang ada di Malaysia untuk memerintah dan Pas akan menggunakan sistem itu,” katanya. BERNAMA
 

Attachments

pulaukan jer thread mamat nih,x de pekdah layan
 
hahah...sekarang PAS duk berebut kerusi bertanding di Wilayah. Di kelantan pun PAS berkeras nak bertanding kesemuanya,tak nak bagi sikit pun kat PKR. Sedarlah wahai peminat2 Anwar Ibrahim, PAS hanya menggunakan populariti Anwar Ibrahim utk berkuasa..
 
semasa 1990 dulu PAS mempergunakan perngaruh KuLi utk menang kelantan,lepas tu lantik NA jadi MB. Bila S46 dah lemah,maka S46 dipinggirkan, PAS mula tamak kuasa, segala2nya berakhir bila S46 dibubar,PAS absolute ruler di Kelantan.
Menjelang tahun 1999, pengaruh PAS semakin merosot,takda pembangunan, tapi bila kes Anwar Ibrahim meledak, PAS seperti prinsip politiknya yg mempergunakan agama dan individu utk meraih undi,memperalatkan isu Anwar Ibrahim, dan mereka berjaya mengekalkan Kelantan, disamping masuk ke Kedah, Selangor,Pahang,Perak.
Tahun 2004, bila pengaruh Anwar mula hilang, melayu sudah lupa, ISlam hadhari naik, Mahathir berundur, Pak Lah janji2 manis, PAS kalah teruk.
Tahun 2008, PAS akan perguna dan peralatkan pengaruh Anwar lagi utk mengekalkan Kelantan, tetapi memberikan kerusi yg PKR susah menang di DUN dlm parlimen Gua Musang dan Jeli. ibarat membunuh diri bagi PKR. Seat2 yg selamat semua PAS bolot seperti biasa. Inilah semangat setiakawan PAS. PAS hanya memperalatkan Islam dan ketokohan Anwar Ibrahim utk menang plihanraya.
 
ai,takde komen ke penyokong2 PAS? penakut ek? ke mmg tak tau nak cakap ape dgn perpecahan antara BA ni?

mcm mana nak komen.. asal nak komen hang hilang.. asal nak komen ko cabut.. nak komen lg ko blah..
 
Snake

Aku jadi ular lak kang ..mahu aku makan katak ni...kang....satu tajuk politik cukup ler....bule buat diskusi...aper da
 
UMNO..suka guna kuli dia sendiri tuk buat statement bodoh...emm tu lr perangai UMNO....tahu sgt ler aku
 
Keadilan tak nak masuk kelantan sebab tak nak kacau PAS tu jer logiknya,sebab PAS dah org yg berwibawa pucuk pimpinan dia. Dia bagi PAS take over,biar BN kalah teruk.:D :D . That is politic idea. PAS bangkang UMNO, KEADILAN bangkang UMNO...jadi sama-sama bangkang da...buat apa lagi, bagi la member masuk...
 
Back
Top
Log in Register