BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NIk Aziz tak restui PKR

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
KOTA BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan". Malahan, katanya, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Pejabat PAS di sini hari ini, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman PAS menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980-an dan awal tahun 90-an."Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan PAS dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.


mcm manala loose coalition yg tidur sama2 tapi mimpi lain2 ni nak memerintah Malaysia???
 
ai,takde komen ke penyokong2 PAS? penakut ek? ke mmg tak tau nak cakap ape dgn perpecahan antara BA ni?
 
xder ar.... gendang PRU dah babunyi...
katak di kolam dah berKROANK..KROANK..KROANK.. biasa la...

Lain isu xder... yg tinggal cuma isu nak melaga2kan... ibarat trend penjajah... pisah dan perintah... kesiannnn...
KROANK...KROANK...KROANK...

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:
 
tgk sini katak.isu ko tu dlm akhbar kerajaan,biasa ler.semua tu provokasi media kerajaan

PAS terus bekerjasama dengan KeADILan - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Jan 20, 08 | 4:08:43 pm MYT

SEREMBAN, 20 Jan (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan pelbagai NGO lain berhadapan pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung awal Mac ini.

Tuan Guru Abdul Hadi yang mengadakan sidang medianya di Seremban selepas Himpunan Bersama Rakyat di Ampangan, Seremban hari ini menafikan laporan akhbar bahawa PAS dan KeADILan berhadapan dengan masalah.

Sebaliknya kata beliau dalam ketika bahang pilihan raya umum semakin dirasai ini, media memanipulasikan pelbagai isu sebagai bahan provokasi mereka.

"Bagi menghadapai pelbagai provokasi dan spekulasi dalam demam pilihan raya ramai yang mengigau.Suka saya tegaskan PAS akan terus bekerjasama dengan KeADILan, dan bekerjasama dengan NGO-NGO serta semua pihak yang hendak membuat perubahan," tegasnya kepada wartawan.

Sebahagian besar pembahagian kerusi telah selesai, sementara hanya sedikit saja yang masih belum disudahkan dan beliau optimis ia tidak mendatangkan masalah, kata Tuan Guru Abdul Hadi.
 
setakat media ko tu takda mender ler.siar dlm tv pasal Tok Guru beri kenyataan tu tapi tak siar pun klip temuramah dgn tok guru.main cakap jer.budak kecik pun boleh....
 
hehe makin men'gorek' isu saudara kita nie
rasanya sejarah penulisan saudara kita yg lepas pun kita dah tahu akan kesudahannya....

adakah sejarah terus berulang... :D

maaf cakap, tq
 
lorr..ko komen lah sendiri nape nak suruh2 orang lain komen lak..:eek: :)) sape ko nak suruh kami komen ??? ko sapa ?? orang tinggi kerajaan ?? :D
 
brrrrrruuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!! put put put......................puuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttttt...........
 
wei korang kesian la dia,...bagi la komen..pelis.....
 
hmmm tu komen tn guru hadi awang? takde ke penafian daripada TG Nik Aziz? kadang2 sesama pemimpin parti pun tak berlaga angin yek
 
Back
Top
Log in Register