BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nik Abduh selar Karpal

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.

“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.

Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.
 
aduh...xreti nk diam ke karpal serlam ni?
kasi hormatla sikit machaaaa..
 
****** punya karpal...
ini orang Islam punya hal kau nak sebok2 apesal...
larangan ni utk Islam je..
bukan Islam takde hal la nak sambut...
mati cepat la karpal oi !!
 
macha nie mana pernah hormat dr dulu sampai lanie duk mcm 2 la....
 
Pas tetap menentang sambutan Hari Kekasih - Hadi Awang

KLANG 12 Feb. - Pas tetap bertegas mahu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memantau serta bertindak sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempromosi sambutan Hari Kekasih meskipun pendirian itu mendapat tentangan daripada sekutunya, DAP.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti tidak akan menarik semula pendirian itu kerana teguran itu adalah merupakan satu tanggungjawab sebagai umat Islam dan ia tiada kena mengena dengan mereka yang menganut agama lain.

Beliau berkata, penganut agama lain berhak serta bebas untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi sambutan berkenaan sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

"Kita tak tarik pendirian, itu hak dan tanggungjawab agama, hubungan bebas ini orang Islam boleh ke? (sudah tentu) tak boleh dan itulah pendirian Pas.

"Orang bukan Islam, itu hak dia (untuk meraikannya) kita (umat Islam) tak boleh ganggu," katanya pada majlis pelancaran Pendidik Kebangsaan di Kolej Integrasi dan Ilmuwan Islam di Kampung Delek Kanan, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali.

Abdul Hadi mengulas laporan media mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

Karpal berkata, pendirian Pas itu bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan yang diamalkan di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Pada 7 Februari lalu, sebuah portal berita pro-pembangkang memetik Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz sebagai berkata, pihaknya menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Susulan itu, Dewan Pemuda Pas pada 10 Februari lalu menghantar memorandum membantah sebarang aktiviti mempromosi Hari Kekasih kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang diserahkan kepada Setiausaha Akhbarnya, Norazli Noh.

Abdul Hadi yang dilihat kecewa dengan pendirian Karpal itu cuba mengalihkan tumpuan terhadap perbezaan antara Pas dan DAP dengan menuduh UMNO sebagai gagal menjadi model terbaik untuk mendidik serta menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.

"UMNO gagal menunjukkan model sebagai umat Islam, patutnya UMNO menjadi model, bukan sahaja dalam masalah moral tapi masalah pendidikan, pentadbiran dan rasuah," katanya.
 
karpal bahagian karpal

"Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya. "

agak apa kerajaan akan buat nanti?
 
****** punya karpal...
ini orang Islam punya hal kau nak sebok2 apesal...
larangan ni utk Islam je..
bukan Islam takde hal la nak sambut...
mati cepat la karpal oi !!

I Like!!! :))
sebok apa kejadahnya kau ni macha. :mad:
 
Back
Top
Log in Register