BTC USD 80,293.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Niat solat yang betul

MELAFAZKAN NIAT DENGAN KUAT

Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat dengan kuat sebelum memulakan solat. Hal ini banyak dilakukan oleh para imam di masjid-masjid. Bagaimana mereka boleh bertaqlik atas nama mazhab Imam Shafi’i, padahal ia bukanlah dari ajaran dan pandangan Imam Syafi’i.

Malah ada juga jemaah yang melafazkannya dengan kuat sehingga mengganggu jema’ah disebelahnya.Ini bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW.Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. Dan tidaklah disebutkan dari Rasulullah SAW dan tidak pula ada petunjuk dari salah seorang sahabat bahwa niat itu dilafazkan. Niat bererti mensengajakan diri untuk solat, menghambakan diri kepada Allah semata-mata, serta menguatkannya dalam hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Semua amal tergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapat (balasan) sesuai dengan niatnya."(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain) (Rujuk kitab Al Irwa', hadis no. 22).

Abu Dawud bertanya kepada Imam Ahmad. Dia berkata, "Apakah orang solat mengatakan sesuatu sebelum dia takbir?"Imam Ahmad menjawab, "Tidak." (Rujuk kitab Masaail al Imam Ahmad hal 31 dan kitab Majmuu' al Fataawaa XXII/28).

As Suyuthi berkata, "Yang termasuk perbuatan bid'ah adalah was-was (selalu ragu) sewaktu berniat solat. Hal itu tidak pernah diperbuat oleh Rasulullah SAW mahupun para shahabat beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat solat sedikitpun selainhanya lafaz takbir." Malah Imam Syafi'i juga berkata, "Was-was dalam niat solat dan dalam thaharah termasuk ke*****an terhadap syariat atau membingungkan akal."(Rujuk kitab Al Amr bi al Itbaa' wa al Nahy 'an al Ibtidaa'). Maknanya, sesudah kita ambil wudhuk, kita mengadap ke arah kiblat. Lalu berniat dalam hati:“Sahaja aku solat fardhu zohor empat raka’at tunai kerana Allah Taala.”(Sekadar contoh). Lalu kitapun bertakbir:Allahu Akbar.

Tidak perlulah kita melafazkan “USolli fardhu……………….” sebagaimana yang diamalkan oleh kebanyakan kita kerana amalan melafazkan niat ini bertentangan dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Ramai dikalangan kita,hanya tahu melafazkan niat tetapi tidak tahu pula makna yang dilafazkannya.

Ada yang mengatakan bahwa niat itu adalah salah satu rukun dari rukun-rukun solat maka hendaklah dimulai ketika mengangkat tangan takbiratul ihram sampai pada kata akbar,sebab rukun suatu amalan hendaklah berada di dalam amalannya.

Yang benar, niat adalah syarat semua amalan, bukan rukun dalam setiap amalan.Contohnya ketika solat. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang rosak solatnya: "Jika kamu bangkit hendak solat, maka perbaguskanlah wudhukmu, kemudian mengadaplah ke arah kiblat lalu bertakbirlah, selanjutnya bacalah yang termudah
bagimu dari Al-Qur’an……..."(Hadis riwayat Imam Bukhari).
Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahwa RasulullahSAW memerintahkan untuk memulai Solat dengan perintah"bertakbirlah", bukan dengan “melafazkan niat”, dan tidak juga "bertakbirlah dan sertakan niat dalam takbirmu"

(Hal ini banyak dilakukan oleh masyarakat kita di Malaysia. Menyertakan niat ketika melafazkan takbir! Ini tidak ada dalil sama sekali. Maka kerana itulah kita dapati ada orang yang takbiratul ihram berulang kali atas alasan niat tidak masuk sewaktu bertakbir).Na’uzubillah………….

Tidak ada suatu dalil pun daripada para sahabat yang mengatakan bahawa niat itu perlu dilafazkan. Ini kerana maksud kalimat “Jika kamu bangkit hendak solat….” Sudah menunjukkan suatu maksud keinginan untuk solat. Itu sudah bermaksud ‘niat’. Sangat di sayangkan adanya orang yang dihinggapi rasa was-was. Mereka terlihat seringkali dalam solat mengulang-ulang takbiratul ihram, bahkan sampai imam telah rukuk pun ia belum selesai bertakbiratul ihram. Alasannya, kerana niat belum masuk ketika takbiratulihram.

Munculnya pendapat bahwa solat wajib melafazkan niat dengan lisan adalah dari kesalahan fahaman Abdullah bin Az-Zubairy dalam mentafsir ucapan Imam As-Syafi'i: ( Jika seseorang berniat haji atau umrah maka sudah cukup, walaupun tidak dilafazkan. Berbeza dengan solat, tidak sah kecuali dengan ucapan.) Abdullah Az-Zubairy mengatakan bahwa Imam As-Syafi'i mewajibkan lafaz niat ketika mahu memulakan solat”.

Imam An-Nawawi menuturkan: Para sahabat kami berkata: “Telah tersalah orang ini (Abdullah Az-Zubairy), bukanlah yang dimaksud Imam As-Syafi'i dengan ‘ucapan’ itu niat, tetapi yang dimaksudkan adalah takbir.” Jadi, menisbatkan ‘Usholli…..’ kepada Imam As-Syafi'i itu tidaklah benar. Kalau memang ada ulama’ yang berpendapat seperti itu, maka seharusnya perkataan (sabda) dan amalan Rasulullah SAW wajib didahulukan, berbanding qaul para ulama’.

Dan inilah dalil yang sahih, akan tetapi ramai di kalangan kita tidak memerhatikan dalil ini dengan akal yang terbuka. Kita jadi taksub membuta-tuli tanpa berpandukan kepada panduan Rasulullah SAW.
 
tergerak hati nak solat itulah niat sebenarnya ..... bukan dah time solat baru nak niat.
 
Terima kasih.. semoga Allah swt merahmati saudara dan juga tuan guru Nik Aziz :)

Insya'Allah
 
Yep betul tuh...sama jugak mcm puasa...niat dalam hati jer. Bila kita bangun sahur, secara automatik kita sudah berniat hendak berpuasa(boleh rujuk ceramah Ust. Ismail Kamus) sbb bila kita bangun sahur, dah tentu kita hendak berpuasa, so niat puasa mmg sudah ada. So harap kita tak terlampau ikut adat sangat. Yang penting sunnah dari Rasulullah sendiri. Wallahualam...
 
hmm, selama ni ramai lah orang yang solat cara yang salah..

Aku pun kadang2 terbunyi lafaz niat.. kadang2 aku diam jer..

tapi semua solat aku dimulai dgn "usoli"
 
Tadi solat jumaat pun imam baca niat kuat2.. camner nih? takkan aku nak sound imam tu?
 
baca je lah, bukan salah pun... jgn ganggu solat orang sebelah sudaaaaa
 
Back
Top
Log in Register