BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NGO Rayu Najib Razak Diberi Pengampunan Diraja

Tahanan rumah Najib: Zahid seru ahli UMNO jaga adab, hormati proses

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli parti supaya menjaga adab dalam setiap ungkapan serta menghormati segala proses yang ditetapkan susulan keputusan membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, UMNO menyambut perkembangan berkenaan dengan penuh kesyukuran, selain menzahirkan penghargaan atas kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

 
Tahanan rumah Najib: Zahid seru ahli UMNO jaga adab, hormati proses

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli parti supaya menjaga adab dalam setiap ungkapan serta menghormati segala proses yang ditetapkan susulan keputusan membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Pengerusi Barisan Nasional itu berkata, UMNO menyambut perkembangan berkenaan dengan penuh kesyukuran, selain menzahirkan penghargaan atas kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


Bunyi macam Wak Jahit ketakutan......hahahahahahaha......impian nak jadi PM kabur selepas Najib ditahan dirumah.....habislah tean wak jahit, jenuh bersilat lepas ni.......kikikikiki
 
rasenye ade sebab surat dibocorkn

sbb sblm nie kes sorok titah berlaku

terbaik agent perisikan
 
PRU16 terpaksa ditangguh kali ni sebab UMNO jadi celaru.....kena dapatkan mandat baru di PAU tahun depan supaya dapat desak kerajaan bang non untuk pengampunan penuh..

Team Najib vs Team Wak Jahit, saksaikan hahahahahahahaha


ahh kau mandai2 plak.. elok je zahid tu
 
Takkan duduk rumah je, nak simpan orang dalam rumah buat apa?

Najib bukan suri rumah. hahahahahaha

xyah nak kalau2..pandai lah zahid rencanakan UMNO dgn situasi skng..dia bukan org baru..legend umno tu

musuh negara adalah yg ambik dana musibat NED yahudi
 
Yg tunggu kat rumah ni tunggu najib balik ke? RM50 juta belum bayar lg baru nak bukak tabung milo :ROFLMAO:

Kediaman Najib di Langgak Duta jadi tumpuan pengamal media​





Kuala Lumpur: Kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta di sini, hari ini menjadi tumpuan apabila lebih 30 pengamal media berkumpul di pekarangan lokasi itu susulan pengampunan bersyarat dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Tinjauan di lokasi mendapati, petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di pekarangan kediaman itu sejak jam 10 pagi tadi bagi membuat liputan berhubung perkara berkenaan.

Pemerhatian mendapati tiada sebarang pergerakan keluar dan masuk di kediaman terbabit setakat jam 12.20 tengah hari tadi, selain pihak polis juga berada di lokasi untuk kawalan keselamatan.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Perkara itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan hari ini.

Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, hari ini.


PENGAMAL media berkumpul di pekarangan kediaman bekas Najib dalam hujan renyai bagi membuat liputan susulan pengampunan bersyarat kepada beliau dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.  FOTO Noor Hidayah Tanzizi
PENGAMAL media berkumpul di pekarangan kediaman bekas Najib dalam hujan renyai bagi membuat liputan susulan pengampunan bersyarat kepada beliau dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. FOTO Noor Hidayah Tanzizi


Terdahulu, hantaran ringkas 'Alhamdulillah' oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, di media sosial pagi ini mencetuskan persoalan ketika isu permohonan pengampunan Najib, menjadi tumpuan.

Hantaran itu yang hanya memaparkan perkataan 'Alhamdulillah' dimuat naik ketika perkembangan di Istana Negara menjadi perhatian susulan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dijadual berlangsung hari ini.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak memberikan penjelasan dalam hantaran berkenaan mengenai perkara yang dirujuk menerusi perkataan 'Alhamdulillah' itu.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dilihat meninggalkan Istana Negara jam 9.43 pagi tadi selepas dipercayai menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Beliau dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire selepas hampir dua jam berada di dalam pekarangan Istana Negara.

Hannah bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaannya atau memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu di pekarangan Pintu Dua Istana Negara sejak jam 7 pagi tadi.

Kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, sebelum itu turut dilihat memasuki pekarangan Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat itu mendapat perhatian susulan laporan bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan dijangka bersidang semula hari ini bagi membincangkan permohonan pengampunan Najib, seminggu selepas pertimbangannya ditangguhkan pada mesyuarat 11 September lalu.

 
xyah nak kalau2..pandai lah zahid rencanakan UMNO dgn situasi skng..dia bukan org baru..legend umno tu
Takdenye.......team Bang Non nak stop Wak jahit desak bubar kerajaan la tu.......dalam UMNO mana boleh ada dua nakhoda, najib masih ahli umno walaupun dalam penjara. Keahlian najib tak digugurkan atau tak digantung pun. Dia boleh kembali semula jadi presiden UMNO.

hahahahahahaha
 
Back
Top
Log in Register