Assalamualaikum. Hari ni saya nak bagi testimoni selepas guna need for saver lebih dari 6 bulan.
Ini rekod bulanan bil elektrik saya semasa menggunakan need for saver.
Ini pula saya tidak gunakan need for saver selama sebulan 28.3.2019 - 27.4.2019 bil terkini hari ni dapat.
Tak ada banyak perbezaan pun. Macam sama je pakai ke tak pakai need for saver lebih kurang macam tu juga bil elektriknya.
Hari ni terdetik hati nak selongkar, buka kotak need for saver. Nak tengok apa yang ada di dalam kotak misteri ni..huhuhu...dalam fikiran awalnya..mungkin ada binaan litar yang komplek penuh wayar berselirat...so saya kena buka dengan berhati-hati..takut salah buka terputus wayar litar, masalah! Huhuhu...
Jadi saya pun buka lah...
JENG! JENG! JENG!
Sangkaan saya meleset...sama sekali! Bukan ada litar yang komplek dengan wayar berselirat...tapi cuma ada sambungan yang simple jer...benda apa yer yang kotak hitam tu orang panggil coil ke relay ke apa?? Betulkan saya jika saya silap nama benda alah tu...benda ni tak silap saya ada jual kat kedai hardware, rm2.50 boleh dapat dah..biasa orang tukar ganti alat ni jika kipas siling tak berfungsi atau pusing slow.
Ini testimoni dan review jujur dari saya setelah menggunakan need for saver selama lebih 6 bulan. Tak ada niat apa-apa yang tersembunyi. Mungkin testimoni yang TT bagi tu betul, dan alat yang syarikat jual tu betul berkesan jika ianya original maka dapatlah result seperti dalam gambar testimoni bil elektrik penjimatan yang TT seperti iklan kan.
Mungkin saya yang kurang bernasib baik, dapat yang tiruan atau scam...sebab tu tiada penjimatan..penggunaan elektik saya guna sama seperti biasa.
Wallahu alam bissawab...
Selamat menyambut ramadhan yang bakal tiba, dan selamat hari raya in advanced kepada TT dan semua pembaca thread ni.
P/s: sekadar testimoni dan review jujur bukan niat menjatuhkan/mengaibkan sesiapa.
Sekian, terima kasih. Chill
