BTC USD 86,619.0 Gold USD 4,218.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

New Proton Model 2008

Ni gambar BLM 2008 dgn jelas. Aku ambik dari forum kelab Proton. Bolehlah dikategorikan sebagai kereta jenis sedan kompak.

proton002.jpg


proton001.jpg


proton004.jpg


proton003.jpg
 
smart jgk.. tp mesti lg kecik dr gen2 nih..

bole ke model ni lawan myvi punya sales?
 
Nampaknya Proton maju selangkah kehadapan dengan pengeluaran model baru. Dalam 1 tahun dah 2 model bakal keluar. Syabas Proton sebagai rakyaat Msia kita patut bangga. Tapi Proton masih gagal meimplimantasi teknologi terkini. Masih gagal menyaingi Perodua kerana kita tengok Perodua bukan saja mengeluarkan bentuk model yang baru untuk kereta compact tapi telah muncul dengan teknologi engine terkini mengunakan timing chain ianya lebih advance jika dibandingkan dengan Proton yang masih mengunakan timing belt dalam pengeluaran enginenya. Disamping itu Perodua telah mengeluarkan engine injection jauh lebih maju jika dibandingkan dengan Proton yang masih mengunakan kaburetor. Walau bagaimana pun tahniah Proton dengan model barunya tetapi kita pengguna bukan saja perlukan model baru tapi teknologi jangan kita lupakan. Terutamanya jantung atau nadi bagi sesuatu kenderaan itu amatlah penting.

perodua copy paste je la bro drpd daihatsu & toyota.. mana ada tenologi sendiri. kalau setakat viva tuh mmg copy 100%. proton yg enjin x power, kuat makan minyak & keta byk problem (kata org kita) tu lah yg design sendiri enjin & body keta. siap bleh bagi perodua casting lagi dia punya head campro enjin..pasni start model BLM, gen2 facelift n waja cps akan ada improvement/perubahan kat enjin n body start 2008.. tggu je laa
 
kalu harga lagi murah gila dari myvi mungkin bole ni :-?

rega mmg konpom lg murah dari myvi 1.3, lagi murah drpg rega viva 1.0 premium, lebih kurang sama rega mcm viva 850 n viva 1.0 standard, mahal skit jer drpd viva 660. tggu jer la bro thn dpn punya pricelist..
 
rega mmg konpom lg murah dari myvi 1.3, lagi murah drpg rega viva 1.0 premium, lebih kurang sama rega mcm viva 850 n viva 1.0 standard, mahal skit jer drpd viva 660. tggu jer la bro thn dpn punya pricelist..

jeng.. jeng.. jeng.. abe Gan dan masuk. hehe.
 
Ni gambar BLM 2008 dgn jelas. Aku ambik dari forum kelab Proton. Bolehlah dikategorikan sebagai kereta jenis sedan kompak.

proton002.jpg

aku rasa keta tu dah di edit..sebab gambor asalnya camni :-

proton4.jpg
 
perodua copy paste je la bro drpd daihatsu & toyota.. mana ada tenologi sendiri. kalau setakat viva tuh mmg copy 100%. proton yg enjin x power, kuat makan minyak & keta byk problem (kata org kita) tu lah yg design sendiri enjin & body keta. siap bleh bagi perodua casting lagi dia punya head campro enjin..pasni start model BLM, gen2 facelift n waja cps akan ada improvement/perubahan kat enjin n body start 2008.. tggu je laa

yes, 110% agreed with you... engineer P2 cam tau ubah suai lampu jek, lain2 sebiji cam model daihatsu tu, entah apa engineer dorang buat kat ofis, main solitaire je kut...:))

ni aku dapat dari other forum...mgkn dari staff proton

Oleh kerna ada permintaan nk tahu interior blm ni, saya jelaskan.
Steering, aircon blower, inter door handle mcm Savvy, meter dia pun sama
mcm Savvy cuma roundnya warna crom. Dashboard sebelah penumpang depan ada
tissue holder mcm Savvy.Ada glove box. Ada 5 cup holder. Gear manual and
auto mcm persona. Single CD 1-Din Player.

N-Line - Manual Saja. Color Solid White only
Bumper depan belakang, Side Mirror Black and meter panel color Hitam. Rim
13 cuma pakai center cap.Tak ada reverse sensor, tak ada airbag, tak pre
tensior, speaker 2 dibelakang.Harga Tentative price RM33,+++

Base-Line, sama seperti N-Line cuma tambahan ada manual dan auto. ada 3
color metallic. Bumber depan belakang, side mirror body color. 4 speaker
depan belakang. Meter warna crom. Rim14 dgn full cover. Tentative price
RM34K - RM37K.

M-Line sama seperti Base Line ada manual n auto, 4 warna, 3 metallic, 1
warna solid white,ada alloy rim size 14.Single airbag, ada pre tensioner
seatbelt, vanity mirror, elec door mirror, door handle body color, garnish
warna hitam. Tentative price RM37K - RM39K.

Logo Proton atau emblem skrg sudah berubah dari segi warna.Tiada lagi
warna orange pd kepala harimau. Sudah ditukar kepada warna crom.

Gambar interior sy minta maaf tak boleh pamir. Sy tak blh menjangkau jauh
dari penerangan yg boleh sy jelaskan.Harap ini dapat membantu kawan2 yang
ingin mengetahuinya. Qualiti, sy boleh kata, klu yang kata persona dh
improved quality, blm ini lebih lagi. Thks.

Akan dilancarkan insyaallah pada hari jumaat 11 Januari 08. Comfortable,
Affortable, Practical and Simply Design.Length 4257, width 1680, High
1502. High dan width kurang dari Myvi skit je….Saiz Luggage compartment
413Ltr. Full tank 40lts.Engine redesigned Campro IAFM, maksudnya ada
sistem tambahan iaitu Intake Air Fuel Module.


Ada 6 colour. 2 solid color iaitu putih dan merah. 5 colour metallic
iaitu, Genetic Silver, Mountain Blue, Zircon Green, Tranquility Black,
Grey. Ada 3 Variant model, N-Line ni lowest spec, Base-Line and Medium
Line.

N-Line cuma manual saja dan ada satu color solid white je.Base-Line dan
medium-line ada manual n auto.N-Line 175/70 Rim13 dan center cap, Base
line 185/60 rim14 full cover dan Medium Rim14 alloy. Saiz 2.6 kali besar
dari Viva dan 83% dari Myvi.Maximun power 70/6000 94bhp, Max torque
120/4000.

Fuel save giler…. 0.11 sen per km atau 100km 5.5L per km utk manual dan
6.0L utk auto per 100km. 3 years or 150km Factory Waranty yang mana
datang dulu…

Tengoklah dan lihatlah akan perkembangan proton kini…….. ok le… panjang2
nanti u all penat nak membaca lak kan. Saya khabou ini utk tujuan kita
smua fikirkanlah, proton sudah berubah, maka inilah
hasilnya.Percayalah….tiada niat yang tak baik. Kiranya anda nak keta lain
yang sama segment dgn BLM fikirkanlah model ini. .
 
Kalau nak lagi cun, tambah le bodykit. Takkan nak bior nampak kosong jer camtu.
 
Back
Top
Log in Register