BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netflix Mula Uji 'Cloud Gaming', Boleh Kawal Guna Telefon

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Netflix mengumumkan satu pengujian beta tertutup perkhidmatan permainan awan (cloud gaming) kepada sebilangan kecil pelanggan mereka di AS dan Kanada. Menariknya dalam beta tertutup pada kali ini, permainan yang ditawarkan boleh dimain dalam semua platform seperti televisyen, komputer dan peranti pintar.

Cloud_Gaming_Promo_16x9_Template_v9-01b_copy.jpg


Selain itu, pengguna boleh memainkan games yang tersedia melalui telefon pintar kita sendiri. Benar, Netflix menyediakan platform gaming awan ini dimana kita boleh menggunakan telefon kita sendiri sebagai alat kawalan. Namun begitu, hanya 2 games sahaja tersedia untuk diuji dalam beta tertutup ini - Oxenfree dan Molehew’s Mining Adventure. Disebabkan ia masih diperingkat beta, hanya beberapa peranti terpilih sahaja yang dapat menyokong pengujian ini seperti:​
  • Pemain media penstriman Amazon Fire TV
  • Chromecast dengan Google TV
  • TV LG
  • Nvidia Shield
  • Peranti Roku dan TV
  • TV Pintar Samsung
  • Walmart Onn
Netflix masih lagi dianggap berada di fasa awal melalui penglibatannya dalam industri gaming dan penstriman awan ini. Namun begitu, tidak mustahil Netflix mungkin akan dapat menawarkan salah satu perkhidmatan penstriman gaming terbaik di masa akan datang.

Sumber asal Netflix
 
Back
Top
Log in Register