BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek sado, Kanada

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
Nenek pemalu berubah menjadi ‘sado’

nenek-sado-1.jpg

Robin Hillis

Kebiasaannya anda akan menjumpai seseorang yang bergelar nenek dalam keadaan lemah dan berjalan perlahan.

Dan apabila bergelar nenek pasti mereka akan sibuk bermain dengan cucu dan menghabiskan masa untuk diri sendiri.

Namun ia berbeza dengan seorang nenek yang bertubuh sasa hingga mencuri perhatian banyak pihak khususnya peminat sukan angkat berat di seluruh dunia.

Ini kerana bisepnya sahaja bersaiz 17 inci.

Robin Hillis, 48, dari Ontario memiliki tubuh sasa seperti itu tanpa mengambil sebarang suplemen dan hanya makan lima kali sehari.

Ia sekaligus membawa kepada perubahan mendadak daripada identiti asal yang merupakan seorang wanita pemalu, menjadi atlet yang memberi inspirasi kepada orang ramai.

Nenek kepada tiga cucu itu turut menerima pelbagai reaksi positif berhubung fizikalnya yang mengagumkan.

“Mempunyai anak tidak menghalang golongan wanita untuk mendapat badan ‘sado’ seperti ini,” katanya dipetik Dailymail.

Menurutnya, dia mula jatuh cinta dengan sukan bina badan selepas mula menyertai gimnasium untuk mengekalkan kecergasan tubuhnya.

nenek-sado-2.jpg


Dia berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya dengan berat 90.72kg walaupun selepas kelahiran dua anaknya Katey, 23, dan Courtney, 21.

Usaha kerasnya selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil pada 2014 dan dia kini mula menyertai liga profesional di seluruh dunia.

“Saya terima pelbagai reaksi, namun kebanyakannya adalah positif. Saya jarang terima komen negatif di media sosial atau secara berhadapan.

“Tidak sukar untuk dapat tubuh seperti ini walaupun ia sebenarnya bergantung kepada profil hormon, metabolisma dan gaya hidup individu,” ujarnya lagi.

 
'Dia salah pilih rumah' - Nenek Sado bantai penyamun dengan meja sampai pecah

1.jpg

Willie Murphy

Niat seorang wanita warga emas berusia 82 tahun untuk tidur awal terbantut apabila pintu rumahnya diketuk oleh seorang lelaki muda yang meminta bantuan darinya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 malam, Khamis, 21 November 2019, suspek meminta pertolongan dari Willie Murphy kononnya dia mengalami masalah kesihatan.

"Tolong saya call ambulans, saya tak sihat," kata suspek.

Berasa ada sesuatu yang tidak kena, Murphy enggan membenarkannya masuk dan terus menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Tindakan Murphy itu membuatkan suspek bengang lalu menendang pintu rumah sehingga pecah dan masuk ke dalam.

"Saya terdengar bunyi yang kuat, terus terlintas di kepala saya, apa benda tu? Kemudian saya ternampak seorang lelaki muda berada di dalam rumah dan dialah yang memecahkan pintu tadi," katanya.

Suspek tidak menyedari Murphy seorang ahli bina badan yang kerap bersenam hampir setiap hari di gym.

"Masa tu gelap tetapi saya dapat bersembunyi, manakala lelaki itu berjalan di dalam rumah".

"Saya terus mengambil meja yang berdekat untuk memukul suspek sehingga meja itu pecah".

"Apabila suspek dah terjatuh, saya terus melompat ke atasnya dan menuang syampu ke muka suspek".

"Sebelum membelasahnya menggunakan penyapu".

Tidak beberapa lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian.

Suspek dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Polis yang datang ke tempat kejadian memuji tindakan berani Murphy dan turut merakam gambar selfie bersama.

"Dia salah pilih rumah nak pecah masuk," kata Murphy.

 
Back
Top
Log in Register