BTC USD 80,181.6 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nenek mati kelemasan dirompak

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Nenek mati kelemasan


KUALA SELANGOR: Menyedari rumahnya dimasuki pencuri, seorang wanita cuba menjerit meminta tolong, namun tindakan itu membawa padah apabila mulutnya ditekup dengan tangan sehingga menyebabkan nenek berusia 56 tahun itu mati kelemasan di hadapan anak perempuan dan dua cucunya.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam kelmarin ketika mangsa menonton televisyen di ruang tamu rumahnya di Parit Empat, Ban Tiga, Tanjung Karang, dekat sini.

Ketika itu, nenek berkenaan sedang santai bersama anak perempuannya berusia 33 tahun serta dua cucu lelaki dan perempuan berusia sembilan dan 12 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Jonit, berkata mangsa dipercayai cuba menjerit kerana ketakutan sebaik melihat tiga penjenayah memasuki rumah dengan seorang daripadanya mengacukan parang sementara seorang lagi menekup mulut mangsa.

“Dua daripada penjenayah terbabit mengarahkan semua mangsa diam sebelum menyuruh anak wanita itu menyerahkan wang tunai dan barang kemas dipakai serta yang disimpan,” katanya.

Beliau berkata, selepas memperoleh apa yang diinginkan termasuk sebuah motosikal Honda yang semuanya bernilai RM50,000, ketiga-tiga penjenayah terbabit melarikan diri.

“Walaupun anak dan cucu wanita berkenaan tidak diapa-apakan, nenek berkenaan mati dipercayai sesak nafas mungkin kerana mulutnya ditekup terlalu lama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zulkifli berkata, pemeriksaan awal juga mendapati tiada kesan kecederaan atau luka di tubuh mangsa dan mayatnya sudah dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, usaha polis menjejaki penjenayah yang dilancarkan sejurus selepas kejadian menemui semula motosikal yang dicuri itu kira-kira 200 meter dari rumah mangsa, ditinggalkan penjenayah dipercayai warga tempatan.

Menurutnya, saksi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Iqbal Mohamad di talian 03-32891222 bagi membantu siasatan.

Katanya, buat masa ini, polis masih meneruskan gerakan memburu ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata.


Sumber: H.Metro
 
pencuri mmg xberhati perut..mencuri dah la dosa ,bunuh org lg..pakej jenayah..
 
aduh.... nenek pun nak dibunuhnyer... pe ke taun nye org.. ~X(
 
ya allah.... moga tertangkap la binatang tu...:mad::mad:
 
Makin ganas sekarang ni, tak kenal umur.
 
dapat tangkap kasi hukum gantung jer.
 
uii..dekt ngn kmpung aku nih..
dpt tngkap kasi balun sampai lunyai sedap ni..
 
lama lama sok aku pun mati pasal sakit jiwa dgr jenayah kat mesia ni..
 
uii..dekt ngn kmpung aku nih..
dpt tngkap kasi balun sampai lunyai sedap ni..

kampung mane bro?kampung ak pun dekat situ jgk..
dekat parit 3..tapi nenek ak tggl dgn pakcik n makcik..
insyaAllah selamat..xde pape..tp umah2 kampung bese laa..
umah papan senang kne kopak..tu yg bahaya..:(:(:(
 
Back
Top
Log in Register