BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan temui porpoise mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Rupa porpoise yang merupakan spesies mamalia.
< 1 / 2 >
BALIK PULAU – Seorang nelayan menemui bangkai seekor porpoise yang terapung di permukaan perairan pantai berhampiran Pulau Kendi di sini.

Mohd Nasir Ahmad berkata, dia ternampak sesuatu terapung dari jauh ketika menaiki bot menuju ke pulau berkenaan.

“Setelah dekat dengannya baru saya nampak itu adalah bangkai porpoise.

"Saya percaya ia dilanggar kerana haiwan berkenaan suka berenang di kawasan permukaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nasir kemudiannya merakamkan gambar bangkai berkenaan dan menyerahkan ia kepada Jabatan Perikanan Pulau Pinang.

Menurutnya, haiwan dari golongan lumba-lumba itu juga adalah spesies mamalia dan kerap kali ditemui di perairan pantai berkenaan selepas kejadian tsunami.

“Ia begitu senang ditemui di negeri ini dalam kumpulan, malah ia juga jinak kerana selepas kita ternampak di tepi-tepi laut, haiwan berkenaan langsung tidak akan lari.

“Malah kita boleh rakamkan gambarnya jika berpeluang dan haiwan ini begitu cerdik kerana didapati jarang tersangkut pada pukat nelayan,” katanya.

Ikan porpoise tidak mempunyai hidung tajam seperti ikan lumba-lumba yang lain, malah di bahagian atas kepalanya juga agak timbul dan bulat.

Mamalia itu boleh ditemui di seluruh kawasan besar Asia Tenggara dan tinggal di muara sungai dan hutan bakau dan biasanya ditemui juga di perairan Kemboja dan Indonesia.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nelayan-temui-porpoise-mati-1.239506
 
Oh ikan lumba-lumba, kenapala ku suka berenang2 di Malaysia.

Malaysia bukan tempat selamat untuk berenang.

Sama ada dilanggar, atau dijadikan lauk.
 
dugong la ni kan
 
Back
Top
Log in Register