BTC USD 81,318.7 Gold USD 4,167.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan tangkap ‘makhluk asing

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,675
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,675
Reaction score
1,682
Points
201
Nelayan tangkap ‘makhluk asing


MOSCOW – Seorang nelayan Russia menangkap seekor ikan ganjil yang disifatkan orang ramai sebagai menyerupai makhluk asing, lapor akhbar New York Post semalam.

Roman Fedortsov, merakam gambar hidupan marin tersebut ketika menangkap ikan di kawasan laut dalam.

Dalam video dikongsikan di laman Instagram, ikan itu berwarna kelabu dan kelihatan seperti kepala makhluk asing.

Fedortsov mengenal pasti makhluk itu sebagai ‘smooth lumpsucker’. Ia merupakan spesies ikan bersirip yang boleh membesar hingga panjang lebih 30 sentimeter dan hidup di laut dalam.

Namun, hantaran yang dikongsikan menjadi tular dan menerima pelbagai komen dengan netizen rata-rata meluahkan kagum melihat hidupan tersebut.

“Ini 100 peratus makhluk asing. Ini adalah haiwan peliharaan makhluk asing yang tinggal di dasar laut,” kata seorang netizen.

“Memancing di Chernobyl (loji nuklear di Ukraine)?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Artikel Kosmo Online

 
Kalau baca kat news luar negara, banyak ikan pelik2 dari laut dalam dijumpai oleh orang awam.
Rumours mengatakan ada sesuatu terjadi di laut dalam sehingga banyak binatang laut dalam melarikan diri.

ikan dasar laut la ni, dah lama wujud .. mungkin nelayan ni tak pernah tengok .. namanya Aptocyclus Ventricosus @ Smooth Lump Sucker (wujud sejak 1769), ianya macam ikan bandaraya yang kita simpan dalam akuarium suka macan kotoran dasar laut 🤭

ni baby dia



sumber asal http://www.fishbiosystem.ru/SCORPAENIFORMES/Cyclopteridae/Aptocyclus_ventricosus2.html

ni ada banyak variasi .. dari dasar laut ke permukaan laut, Rusia ni kena banyakkan belajar pasal alam semulajadi daripada asyik bunuh orang ..🤭

1741074839048.png
 
Back
Top
Log in Register