BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan lemas bot langgar rumah api

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
bot_1590473892.jpg


Bot mangsa yang karam dibawa ke jeti pelantar di Kuala Kurau. - NSTP/SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

PARIT BUNTAR: Seorang nelayan dipercayai lemas selepas bot dinaiki bersama dua rakan terlanggar rumah api di Perairan Kuala Kurau, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam jam 6.30 pagi itu, Loke Kok Aun, 48, yang menjadi awak-awak dikatakan baru keluar bersama rakan untuk menangkap ikan.

Seorang ahli keluarga yang enggan namanya disiarkan berkata, bot yang dikemudi tekong itu dikatakan terlanggar rumah api dan menyebabkan mangsa tercampak ke laut manakala bot berkenaan pecah sebelum karam.

"Menyedari mangsa terjatuh, tekong bot terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan mangsa.

"Mangsa ditemui tidak lama kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa naik ke rumah api sebelum ke pelantar oleh bot lain," katanya kepada media di perkarangan Hospital Parit Buntar, hari ini.

Sebaik tiba di jeti pelantar di Kuala Kurau, mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata kes kemalangan di laut disiasat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).


 
Back
Top
Log in Register