BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan kaut RM6000 sehari rezeki ikan yu

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
pix_gal1



Mukah: Sambutan Aidilfitri tahun ini buat tiga nelayan dari Kampung Penakub Hilir, di sini, cukup bermakna apabila mereka mendapat ‘duit raya’ kira-kira RM6,000 sehari, berikutan jumlah tangkapan luar biasa membabitkan sekumpulan ikan yu yang mencecah lebih 500 kilogram sekali tangkapan.

Nelayan Hamdan Mahden, 43, berkata, tindakan bermalam dalam perahu jenis pukat hanyut ketika penduduk kampung masih bergembira menyambut Syawal disifatkan cukup berbaloi.

“Tidak sampai lima jam berada di laut, tiba-tiba pukat ditarik kuat dan apabila diperiksa sekumpulan ikan yu terperangkap di dalamnya.

“Selepas mengutip tangkapan pertama, kami hanyutkan semula pukat selama dua jam dan kali ini tangkapan bertambah dua kali ganda daripada sebelumnya, termasuk ikan bawal putih,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau yang pulang kira-kira jam 6 pagi ke muara Mukah terus memasarkan hasil tangkapan yang dijual dengan harga RM10 sekilogram untuk ikan yu dan RM20 sekilogram bagi ikan bawal putih.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Yumelimpahruah/Article/index_html
 
ikan yu kalau kat sini orang jarang beli.
 
ikan yu blh tingkatkan tenaga batin dlm tempoh yg lama...itu rahsianya
 
Ikan yu ni bukan sama cam spesis jerung ke... bila kecik yu... bila besar jerung... tul ke.... aku teka je...
 
Ikan yu ni bukan sama cam spesis jerung ke... bila kecik yu... bila besar jerung... tul ke.... aku teka je...

yu xde gigi tajam2 tu..kot la dulu ak mancing ak cuak gak pstu ak perati xde gigi

pstu ad brader sama2 mancing kkt situ kata xbole makan..ak pun campak balik la..smpai umah mak ak ckp bole je..rugi je ak buang :))
 
yg nih mmg yu yg ada harga...
biasa yg kaki pancing tak ambik..
yu **** namanya haha...

tp bleh jer makan.. biasa bakar tawar cicah air asam..
 
biasa aku dapat buang jer balik..., aku panggey yu****
 
Back
Top
Log in Register