TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
PANTAI REMIS: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika dalam perjalanan pulang ke pelantar di perairan Pulau Talang, di sini, pagi tadi
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu terjatuh dalam perjalanan pulang selepas meletakkan pukat dan kehilangannya disedari tekong bot
Difahamkan, mangsa keluar bersama dua rakan sekerja kira-kira jam 6 pagi tadi
Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.30 tengah hari daripada pihak polis yang memaklumkan kejadian itu
"Bertindak atas maklumat itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan Bot Kilat 10 ke tempat kejadian pada jam 1 tengah hari
"Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan sehingga 7.30 malam ini sebelum disambung 7 pagi esok jika masih belum ditemui," katanya ketika dihubungi malam ini
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201207