ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Burhanuddin Yusoff (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan bot kepada nelayan muda, Mohd. Zairi Mat Daud di Bagan Datoh, Perak, semalam.
BAGAN DATOH 19 April – Hasrat seorang nelayan muda di sini untuk memiliki bot sendiri akhirnya tercapai apabila sebuah syarikat dari Kuala Lumpur tampil memberikan sumbangan semalam.
Mohd. Zairi Mat Daud, 24, dari Kampung Sungai Betul, Rungkup dekat sini tidak menyangka penantiannya selama enam tahun akhirnya menjadi kenyataan hasil sumbangan syarikat Radmix Solutions Sdn.Bhd.
Dia menerima sumbangan bot berukuran panjang sembilan meter dan lebar hampir dua meter bernilai RM6,000.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif syarikat tersebut Burhanuddin Yusoff yang juga Ketua Penerangan UMNO Cawangan Sungai Betul.
Mohd. Zairi, anak ketiga daripada tujuh beradik berkata, dia pernah memohon bantuan untuk mendapatkan bot sejak lima tahun lalu untuk menjadi nelayan.
Menurutnya, selama ini dia hanya bekerja sebagai awak-awak di sebuah bot menangkap ikan di daerah ini dengan pendapatan RM400 sebulan.
Katanya, dengan pendapatan sebanyak itu dia menyara ibu bapa dan empat adiknya yang masih bersekolah.
“Saya tidak sangka ada pihak yang sudi memberikan sumbangan bot kepada saya. Saya berterima kasih kepada Burhanuddin atas sumbangan ini.
“Sumbangan ini akan menjadi pendorong kepada saya bekerja lebih kuat bagi menanggung keluarga,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Burhanuddin berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan menyumbang itu kerana mendapati Mohd. Zairi gigih bekerja menanggung keluarga.
Beliau berkata, enam lagi nelayan di Kampung Sungai Betul bakal menerima bot bersama enjin sangkut dalam waktu terdekat.
Katanya, sebelum ini tiga nelayan dan pekedai runcit dari kampung itu telah menerima bot dan peralatan perniagaan sumbangan sebuah sebuah syarikat korporat.
“Sumbangan ini bertujuan menggalakkan golongan muda di kawasan ini bekerja membantu keluarga mereka dan tidak mahu mereka merasakan dipinggir,” katanya.