BTC USD 82,934.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan asing kaut hasil laut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Nurul Hizam (tengah) menunjukkan tangguk besi yang digunakan nelayan Vietnam untuk menangkap gamat.​

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan memandang serius pencerobohan nelayan asing khususnya Vietnam yang bukan sahaja mengaut kekayaan hasil laut negara, tetapi juga memusnahkan tempat pembiakan ikan.

Ketua penguat kuasanya, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pencerobohan nelayan asing yang memasuki perairan negara untuk menangkap ikan, sotong dan gamat setakat ini berjaya ditangani dengan baik.

Katanya, nelayan Vietnam akhir-akhir ini menceroboh untuk menangkap gamat yang mendapat permintaan tinggi di negara berkenaan.

"Mereka didapati menggunakan tangguk besi untuk menangkap gamat yang menyebabkan kawasan pembiakan ikan musnah dan ini memberi kesan buruk kepada masa depan nelayan tempatan.

"Demikian juga dengan aktiviti menangkap ikan, nelayan terbabit menggunakan pukat tunda ganding yang turut memerangkap benih ikan," katanya.

Bulan lalu, seramai tujuh nelayan Vietnam berusia antara 16 hingga 48 tahun ditahan bersama 500 kilogram gamat bernilai lebih kurang RM13,000 jika dipasarkan di negara berkenaan.

Kegiatan mereka dikesan bot Kilat 28 Maritim diketuai Bintara Muda Zailani Mamat, sekitar 41.3 batu nautika di barat laut Tok Bali.

Semua nelayan terlibat ditahan reman selama 14 hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Menurut Nurul Hizam lagi, ia merupakan bot nelayan asing keempat yang ditahan membabitkan kes sama sejak Januari tahun ini.

Pada Mac lalu, bot Kilat 28 diketuai Laskar Kanan Maritim Ismail Mat Ali menahan bot Vietnam yang melakukan aktiviti sama, lebih kurang 37 batu nautika di timur laut Tok Bali.

Lebih mengejutkan, tekong cuba menyogok sepasukan anggota Maritim yang menggeledah bot mereka dengan tunai RM5,000.

Hasil risikan mendapati nelayan asing yang menceroboh perairan negara memilih musim tertentu untuk mencuri khazanah hidupan laut yang boleh dipasarkan dengan harga tinggi di negara mereka.
 
Back
Top
Log in Register