BTC USD 81,236.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan asing guna bot tempatan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
TIOMAN - Dua tekong dan 33 awak-awak warga Vietnam yang menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan Tioman, pagi semalam melibatkan dua bot tempatan berjaya ditahan Kapal Ronda Maritim Malaysia Daerah Maritim 8 (Pahang) yang sedang menjalankan rondaan.

Kedua-dua bot nelayan tempatan tersebut merupakan jenis kelas C2 sedang melalukan aktiviti menangkap ikan antara jam 10 pagi hingga 10.40 pagi di lokasi kira-kira 15 batu nautika utara Pulau Tioman.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 8, Kapten Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, ketika operasi menggeledah sedang dilakukan, anggota Maritim yang terlibat mendapati 14 daripada nelayan terbabit bertindak menyorok di dalam petak hadapan bot bagi mengelak daripada dikesan.

Menurutnya, kesemua 35 nelayan warga Vietnam yang ditahan berumur lingkungan 18 hingga 44 tahun dan kedua bot nelayan berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat DM 8 manakala kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan saiz mata pukat kurang 38mm serta Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan pasport.

"Ini merupakan tangkapan ke tujuh dibuat pada tahun ini melibatkan bot nelayan tempatan yang menggaji warga asing terutamanya warganegara Vietnam bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda oleh pengusaha bot terutamanya di perairan Pulau Tioman dan Kuala Pahang.

"Kita selalu mendapat aduan daripada persatuan nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot nelayan Vietnam di Perairan Negeri Pahang, namun hasil rondaan dan operasi yang dilaksanakan sebenarnya warga Vietnam ini bekerja di atas bot nelayan tempatan yang mendapat permit dari jabatan berkaitan dan digaji oleh pengusaha bot tempatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pihak Maritim DM 8 (Pahang) akan sentiasa gigih melaksanakan misi rondaan di perairan negara 24 jam setiap hari bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dan penangkapan ikan secara salah berlaku dalam Perairan Malaysia.

"Rondaan berterusan yang dijalankan adalah hasil aduan yang diterima oleh komuniti maritim setempat yang juga membolehkan kita melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih berkesan dan efektif.

"Pihak Maritim juga mengalu-alukan orang ramai supaya dapat memberi kerjasama dan bersama-sama membantu dalam menangani sebarang aduan kesalahan atau jenayah di perairan negara dengan menghubungi Talian MERS 999 atau Pusat Operasi DM8 di talian 09-5717345," katanya.
 
Ambil tindakan keras terhadap pengusaha bot termasuk batalkan lesen.
 
dari pasar borong hingga ke laut , warga asing warga asing ,warga tempatan layan we chat kot
 
Aku mampu gelak ja...
sikit punya byk penguatkuasa dlm laut kita
 
Elok tenggelamkan jer bot diaorg ni lepas penguatkuasa tangkap.
Tgk berani ke nk dtg lagi?
 
Back
Top
Log in Register