ok thanks sekali lagi. berkenaan link yg encik kuhik bagi tu hanyalah berita. takde details. takkan dalam website kerajaan negeri tak diperincikan tentang hal ini? ianya satu perkara yg penting kerana membantu mereka yg bekerja di kilang arak.
encik kuhik bercakap mengenai harapan PAS untuk melaksanakan hudud sekiranya PR berkuasa..mengapa tidak ada kepastian tentang hal ini? bukankah ianya satu kewajipan sekiranya PAS berkuasa untuk melaksanakan undang2 islam? adakah perkara ini dibincangkan di peringkat PR itu sendiri kerana seperti yg encik kuhik tahu...nak menubuhkan sebuah kerajaan perlukan perancangan yg rapi..tapi sekiranya perkara pokok ini tidak dibincangkan dari awal...bilakah ianyakan akan terlaksna?
point terakhir saya setuju dengan encik kuhik. so kita kena sedar bahawa malaysia ni bukanlah hanya di diami oleh org islam sahaja. contohnya mudah sebab PAS bukan tidak mampu untuk bertanding di semua kawasan..tetapi tidak yakin untuk memenangi semua kerusi yg dipertandingkan..ini lebih kepada strategi politik..encik kuhik setuju dengan saya?
saya tertarik dengan kisah nabi yg encik kuhik ceritakan. tapi mungkin encik kuhik terlupa masa zaman nabi takde parti2 politik..maknanya parti A takde menentang parti B...dlm konteks sekarang ini sepatutnya kita tak perlu untuk menjadi ahli mana2 parti untuk memperjuangkan islam. kerana jika saya yakin bahawa seseorang pemimpin itu memperjuangkan islam seharusnya saya sokong dia..macam saya cakap tadi kalau DAP & PKR tak memperjuangkan islam adakah saya atau encik kuhik sendiri perlu menyokong mereka?
jadi sebagai org islam marilah kita kembali kepada perjuangan yang sebenar..kalau nak tegakkan negara islam buat cara yang betul..tapi yang saya nampak islam sama islam pun duk bergaduh last2 sampai bila2 pun tak berjaya nak tegakkan negara islam yg encik kuhik dan semua org islam impikan selama ini..
P/s dari kisah nabi yg encik kuhik ceritakan itu..adakah encik kuhik melihat PKR & DAP seperti kaum yahudi dan puak munafik & kafir itu seperti umno dan rakan2? di manakah letaknya PAS pula dalam analogi ini? saya tidak akan mempersoalkan tindakan Nabi bersatu dengan Yahudi sebab saya yakin Nabi Muhammad saw yang akan mentadbir dan menjadi ketua..tapi dalam konteks PR itu sendiri saya rasa perkara sebaliknya boleh berlaku. kenapa saya berkata demikian? encik kuhik boleh refer balik point (iv) yg encik kuhik sendiri tulis.
1. kalau kamu nak kepastian, saya memang tak dapat nak berikan kepastian kepada kamu. cuma saya beri satu tips sahaja. mengikut kaedah usul Fiqh, di antara 2 mudharat, pilihlah yang kurang mudharatnya.
saya cakap, PAS itu MUDHARAT. UMNO juga adalah MUDHARAT.
oleh itu, gunakanlah otak kamu untuk menilai yang mana satu lebih MUDHARAT dan yang mana satu kurang MUDHARAT.
jika kamu kata UMNO itu kurang MUDHARATnya, maka datangkanlah hujjah.
jika kamu kata PAS itu kurang MUDHARATnya, maka datangkanlah hujjah.
mudah je..
2. betul, PAS memang tak mampu nak bertanding di kesemua kawasan. macam Nabi juga, Nabi sendiri tak mampu nak berperang di semua kawasan. maka sesetengah kawasan diserahkan kepada Yahudi untuk berperang dan bertahan. jadi, apa masalahnya?
3. walaupun zaman Nabi takde pun parti-parti, namun ia bukan satu kesalahan pun kalau ada parti. parti, adalah sebuah kumpulan manusia yang BERDAFTAR. yang tak BERDAFTAR tak dipanggil parti, tapi dipanggil KUMPULAN, PASUKAN, GEROMBOLAN dan lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya.
santara firman Allah ialah, memerintah kita menyertai UMAT/KUMPULAN yang menyeru ke arah kebaikan. kalau nak ditajdidkan kumpulan itu ialah PARTI, antara PAS dan UMNO, yang mana lebih menyeru ke arah kebaikan?
4. orang Islam bergaduh sesama Islam ni dah lama wujud sejak zaman Nabi lagi.
a. even zaman Nabi pun sudah wujud orang Islam yang nak bunuh Nabi tu sendiri.
b. zaman Abu Bakar pun berperang darah bunuh orang Islam yang menolak hukum Islam.
c. pertempuran berdarah antara khilafah Bani Umayyah dengan Bani Abbasiyyah.
apakah kamu faham apa yang sejarah ini cuba sampaikan?
5. perjuangan Islam yang sebenar? boleh detailkan lagi tak?
p/s : sebenarnya saya tidaklah sangka kamu akan cakap begitu kerana saya beranggapan kamu lebih bijak untuk beranggapan sedemikian. tapi entahlah....baiklah, saya jelaskan sedikit..
1. kisah kerjasama Nabi dengan Yahudi, atau kerjasama Kafir Makkah dengan orang Islam Madinah (Munafiq), bukanlah kita nak samakan Nabi itu PAS, Yahudi itu DAP, Kafir Makkah itu ialah BN.
2. namun, apa yang cuba disampaikan ialah instinbat hukum bekerjasama dengan orang kafir di atas kepentingan Islam. ia dipanggil "tahalluf siyasi".
3. dalam satu analogi lain, jika hari ni kalau Iran mengisytiharkan perang ke atas Amerika, dan jika saya menyatakan sokongan kepada Iran :
a. apakah saya menyokong Iran bermaksud saya turut sokong dasar Syiah Iran yang sesat tu?
b. atau sebenarnya saya sokong Iran hanya kerana Iran lawan Amerika?
saya bawa satu lagi analogi, jika hari ni China isytihar lawan Amerika dan saya sokong China :
a. apakah saya sokong China bererti saya turut sama sokong dasar komunis mereka?
b. atau sebenarnya saya sokong China hanya kerana China lawan Amerika?
jadi, kita sokong DAP, bukan kerana kita sokong dasar mereka. tapi kerana mereka bekerjasama dengan PAS.
kita sokong PKR, bukan kerana kita sokong dasar mereka, tapi kerana mereka bekerjasama dengan PAS.
ini bermakna, orang PAS yang undi DAP, bukan kerana mereka sokong DAP, tapi kerana DAP ialah kawan PAS.
macam orang UMNO yang undi MCA juga, bukan kerana diorang sokong dasar Cina MCA pun, tapi kerana MCA ialah kawan UMNO.
konsep yang sama juga dengan Yahudi.
saya sokong Yahudi, bukan kerana saya sokong dasar Yahudi mereka, tapi kerana mereka bekerjasama dengan Nabi.
kesimpulannya, secara umumnya obektif PAS bukanlah semata-mata nak buat negara Islam sahaja. objektif kedua PAS ialah "memerintah dengan adil", "mencegah kemungkaran", "menjatuhkan kerajaan yang zalim".
kalau masih tak mampu nak capai objektif yang pertama, cubalah capai objektif yang kedua, atau ketiga, atau keempat terlebih dahulu.
tak mampu dan tak mahu adalah 2 perkara berbeza.