Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Ini hanya sekadar pandangan oleh sy setelah melihat keadaan persekitaran di negara tercinta kite ni. Hati sy terdetik nk post topik yg agak mungkin keterlaluan dan mungkin memberi kesedaran.
situasi 1:
Di sebuah rak,AlQuran di letakkan di bawah tv yg memaparkan cerita2 yg kurang bermoral dan keterlaluan..ia menunjukkan seperti kite memperkecilkn AlQuran..
dari situasi di atas..cube anda bayangkan yg kite semua berada di bawah pusat JUDI iaitu Genting Highland(tertinggi di malaysia)..Kite solat,tidur,makan semuanya di bawah pusat judi tersebut dan kite masih mampu gembira,ketawa,berasa bangga dll..
ade pepatah mengatakan bahawa semulia-mulia kite di muka bumi,tetapi kite hina di sisi Allah..tetapi,benar kah kite ni istimewa?mulia? di negara Malaysia yg beratapkan pusat judi?
renung2kan..
mcm2 la...hurm nama negara islam, malaysia, memang la de pelbagai bangsa....but then, kita kene la pertahankan kitanya priority....ni byk club2, tpt judi, KILANG ARAK depan mata...pe lgi???:-?:-? tp tula, ntah la...nk attract tourists dtg pun baaanyak lagi cara lain..
bc thread nie, teringat ms aku gi conference baru2 nie. international conference kat hotel kl. ms 2, minum ptg. aku minum sblh foreigner. dia tanya aku "why u wear hijab? is it coz of government order or yourself?" aku jwb "coz of myself want 2 wear hijab" pas 2 dia reply "i'm surprised coz your government didn't ask muslim ladies 2 wear it!" ms 2 aku terkedu. x tau nk kata apa. kebetulan pulak, dlm conference 2, semua pakai tudung (even pakai tudung yg kecik2 n singkat2 n pakai bj ketat2). dia tny lagi "is there any ladies muslim didn't wear hijab?" aku reply "yes!" ms 2, pikiran kau teringat kat wanita pertama negara....english 2 aku punya ayat.
sorry la. aku x pandai english sgt.moral of the story, pd pendapat aku, kalau nk didik rakyat, kena mulakan drpd pemimpin. tgk je Rasulullah. dia didik family dia dulu. jd contoh pd umat islam.
Saya rasa,kerisauan dan isu yang dibangkitkan TT ialah dia melihat Genting Highland itu diberikan tempat yang terlalu gah dan tinggi sebagai pusat berjudi.Itu kerisauan yang saya faham dari ayat TT ni.
Bagi saya,tindakan membenarkan Genting Highlands beroperasi sangat tidak mengambil kira sensitiviti kita sebagai umat Islam.Benar,kita negara berbilang kaum,pelbagai anutan agama dan kepercayaan dan kita mengambil kira hak kaum-kaum lain untuk mungkin berjudi.Itu memang saya tak nafikan.
Tetapi,apakah dengan mendirikan ianya gah di puncak banjaran Titiwangsa?Dengan menampakkan ianya gah dan hebat.Adakah itu memberika kita sebagai umat Islam untuk duduk bergembira dan menerima itu sebagai sebahagian dari kita?
Saya tak menolak judi-judi seperti Da Ma Chai,Sports TOTO dan lain-lain yang dibina di lot-lot kedai biasa bagi kemudahan mereka yang bukan beragama Islam.Yang menjadi isu pokoknya,apakah kena dan sesuai pusat judi dibina di Genting Highlands sebegitu rupa?
Jangan lah disentuh hal ekstremis agama pula.Jangan lah pula dikaitkan dnegan PAS dalam hal ini.Saya sendiri sedih melihat kawasan yang tinggi dan gah begitu ialah pusat judi.Itu sahaja pendapat saya yang tak seberapa.
Mentaliti camni yg aku tak minat kat cg ni. Mesti ke ada yg menang dan yg kalah?
Dah macam main tarik tali. Satu team tarik ke kiri, satu lagi tarik ke kanan. Yg kuat menang, yg lemah kalah. Kalau sama2 kuat, tali putus.
Aku rasa cik sukan dan sapa saja pendukung kerajaan bn yg Islam kat cg ni maklum dgn keharaman judi. Dan mereka juga setuju kalau pusat judi genting tu dihapuskan.
Mula2 aku baca tajuk thfead ni tadi, aku ingat bukan isu politik sebab bukan dlm seksyen politik. Tapi akhirnya... Politik jugak yg jadi tunjangnya.
Bila dah jadi isu politik, maka jadilah ia acara tarik tali. Yg lemah akan kalah, yg kuat akan bersorak meraikan kemenangan.
Yes... Pendukung pembangkang menang berdebat. Raikan ramai2... Boleh lepak kadai mamak sambil borak panjang tentang kedangkalan akal pendukung kerajaan yg lemah fikiran. Tu sebab kalah berdebat.
Dan akhirnya... Apa jadi dgn isu? Selesai ke?
Aku suka bila ciksukan timbulkan soalan tentang apa yg boleh kita buat. Dan jawapan paling tipikal, Tukar Kerajaan!
Nak tuka kerajaan, sememangnya bidang kuasa kita sebagai pengundi. Dan itulah cadangan pendukung pembangkang yg paling bernas dan applicable utk sebarang isu.
Sememang itu sasaran pendukung pembangkang. Itu yg buat aku sedikit nak gelak bila ada yg declare "dia dah kalah"...
Apa yg kau menang sebenarnya? Dah berjaya tukar kerajaan?
Setakat menang tarik tali je... 8 lawan 1 pulak tu. Boleh bangga ke?
Kenapa kita tak boleh anggap isu ni sebagai masalah bersama dan sama2 cari jalan utk seleasaikan?
Bagi aku, isu yg patut jadi tumpuan bukannya kasino tu. Lebih dibincang isu umat. Isu umat Islam yg mengunjung kasino.
Tapi yg lebih ditumpukan kat sini cuma isu bukit. Apa relevannya isu kedudukan ni? Maksiat yg dibuat kat atas bukit dgn bawah bukit tak sama ke level dosanya?
Atau, disebabkan kedudukannya di ats bukit, tempat tu lebih sesuai didirikan masjid? Dan nanti akan ada suara2 yg berkata, "apa ke bang.angnya kerajaan buat masjid besar2 kat atas bukit? Sapa sgt la nak pegi sembahyang kat situ... Membazir duit rakyat je. Baik tukar kerajaan baru"
Terus terang aku kata, aku vote option ke2 dlm poll. Dan terus terang jugak aku kata lagi, dah dua kali aku mengundi dlm pru, dah 4 kali aku memangkah utk beri kuasa kpd calon wakil rakyat yg aku harap utk jadi wakil aku di dewan, tak pernah satu pangkah pun aku berikan utk calon BN.
Sebab aku pun nak tengok kerajaan yg baru. Aku nak rasa, aku nak segala kelemahan kerajaan bn dapat diatasi oleh kerajaan BA (nama lama, hehe...)
Tapi bila berdebat dalam forum, KITA TAK MAMPU UBAH KERAJAAN... Sedarlah tuan2. Tak guna kita main tarik tali kat sini. Tak guna kita meraikan kemenangan di alam maya ni sedangkan realiti tak berubah juga.
Bukan ke lebih baik kalau kita berpadu tenaga utk cari jalan selesaikan isu dgn kuasa yg kita ada?
Kalau asik nak berpolitik, semua isu boleh dipolitikkan. Tapi takda isu yg akan dapat diselesaikan. Cuma akan ada yg bersorak "o yeah.... Dia kalah!"
Balik2 ungkit pasal rosmah tak pakai tudung... Kalau rosmah pakai tudung pun, bini muhyidin pulak jadi sasaran. Lepas tu bini si dia ini dan si dia itu... Seronok kan macam tu... Mencari2 dan membesar2kan salah orang.
Bagi aku, lantak la... Dosa dia dan dosa laki dia. Takkan la kita sbg rakyat ni tumpang berdosa kalau pemimpin tu tak suruh bini dia pakai tudung...?
Tolong betulkan kalau aku tak betul. Aku bukan pandai sgt pasal agama ni.
Just bagi aku, yg lebih penting, mari kita tengok dan pastikan bahawa anak, adik, kakak, bini, emak dan kawan2 perempuan kita pakai tudung. Itu lebih bermakna.
Kita bukan nak bermusuh. Bukan nak menjatuhkan sesiapa di sini. Agak menggelikan ketiak aku bila ada sesetengah forumer terutamanya yg aktif dalam forrum politik yg qoute komen forumer lain dan tepek sbg siggy dgn niat nak mempersenda.
Dan aku juga yakin, ada yg akan pikir aku ni penyokong bn berdasarkan hujah aku. Lantak la apa kau nak percaya... Sama ada nak percaya dgn apa yg kau pikir atau apa yg aku dah tulis kat atas tu.
Senang cerita macam nie jer laa yea:Konsep memisahkan agama dari politik yakni dalam pemerintahan---POLITIK SUKU,AGAMA SUKU.
Anda yakin ia satu cara terbaik dalam menyelesaikan kemelut komuniti pelbagai kaum dalam konteks Malaysia-anda silap.
Tidak mungkin tangan2 yang telah mengotori perjanjian ketika kemerdekaan yang membawa kepada pelacuran pelbagai prinsip dalam menuruti kehendak British.Kesalahan pemimpin lalu melahirkan negara Malaysia yang tidak mengikut acuan Islam.Maka menjadi tanggungjawab generasi sekarang membetulkan apa yang menjadi kesilapan atas perbuatan generasi kita terdahulu.Anda mungkin bersaudara dengan Tunku,moga2 Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Yang hidup harus memmbetulkan kesilapan dan kemungkaran.Anda ada AKAL dan FIKIRAN-bertindaklah.
Paling kecil protes yang anda boleh lakukan ialah membenci dengan sepenuh jiwa raga dari sudut hati,kerana kita tidak mampu melawan dengan tenaga empat kerat.Bukan takut-tapi bukan masanya untuk mengkucar-kacirkan keharmonian.Kita ada prinsip yang diperjuangkan,maka menjadi satu kewajipan untuk menyebarkan walau sepotong ayat.
Moga2 kita semua dilindungi Allah dari balanya.Setakat ini,dengan doa2 yang dipanjatkan oleh alim ulama dan ilmuwan agama-kita masih diberi ruang untuk berlindung.Maka jangan sampai masanya BALA dari Allah turun melenyapkan kita semua.
Sedarlah-Thailand dan Singapura menunggu masa dan ketika sahaja untuk mengeksploitasi kita semua.Fikir2kan.
bc thread nie, teringat ms aku gi conference baru2 nie. international conference kat hotel kl. ms 2, minum ptg. aku minum sblh foreigner. dia tanya aku "why u wear hijab? is it coz of government order or yourself?" aku jwb "coz of myself want 2 wear hijab" pas 2 dia reply "i'm surprised coz your government didn't ask muslim ladies 2 wear it!" ms 2 aku terkedu. x tau nk kata apa. kebetulan pulak, dlm conference 2, semua pakai tudung (even pakai tudung yg kecik2 n singkat2 n pakai bj ketat2). dia tny lagi "is there any ladies muslim didn't wear hijab?" aku reply "yes!" ms 2, pikiran kau teringat kat wanita pertama negara....english 2 aku punya ayat.
sorry la. aku x pandai english sgt.moral of the story, pd pendapat aku, kalau nk didik rakyat, kena mulakan drpd pemimpin. tgk je Rasulullah. dia didik family dia dulu. jd contoh pd umat islam.
ermm...sape2 boleh tolong gitau apa status kilang2 arak kat selangor tu yer? adakah akan dipindahkan atau dibiar sahaja kat situ? PAS da ada peluang untuk melakukan perubahan di selangor kenapa tidak bertindak? adakah masih ingin menyalahkan umno yg korang rasa tidak islamik itu?
sudahkah kedah mengharamkan penjualan arak di negeri tersebut seperti yg dilakukan di kelantan?
dalam islam kita mesti lakukan apa yg kita kata...so kalau tak boleh buat pada peringkat nasional apa kata mulakan dulu dengan negeri2 yang PR dah ada kuasa...barulah rakyat dapat menilai siapa yang melaksanakan apa yg selama ini diperjuangkan..betul tak?
kalau dah buat perubahan tu dan org islam masih belum menyokong pihak2 ni...barulah kita boleh kata mereka sememangnya buta![]()
P/s: saje gunakan contoh arak supaya ianya lebih jelas kerana pengharaman penjualan arak terletak di bawah kuasa pentadbiran kerajaan negeri. kalau tak caya kat kelantan mana ada jual arak kat tempat2 terbuka & kepada org islam![]()
Aku mula2 tertarik dgn tajuk thread ni.. tp bile baca statement ni, rasenye xde kaitan langsung dgn tajuk... sbb kalo Al-Quran duk bawah tv, itu personel punye masalah... bukan sbb malaysia @ judi..:-?