takpe bro, he lost the debate.
Mentaliti camni yg aku tak minat kat cg ni. Mesti ke ada yg menang dan yg kalah?
Dah macam main tarik tali. Satu team tarik ke kiri, satu lagi tarik ke kanan. Yg kuat menang, yg lemah kalah. Kalau sama2 kuat, tali putus.
Aku rasa cik sukan dan sapa saja pendukung kerajaan bn yg Islam kat cg ni maklum dgn keharaman judi. Dan mereka juga setuju kalau pusat judi genting tu dihapuskan.
Mula2 aku baca tajuk thfead ni tadi, aku ingat bukan isu politik sebab bukan dlm seksyen politik. Tapi akhirnya... Politik jugak yg jadi tunjangnya.
Bila dah jadi isu politik, maka jadilah ia acara tarik tali. Yg lemah akan kalah, yg kuat akan bersorak meraikan kemenangan.
Yes... Pendukung pembangkang menang berdebat. Raikan ramai2... Boleh lepak kadai mamak sambil borak panjang tentang kedangkalan akal pendukung kerajaan yg lemah fikiran. Tu sebab kalah berdebat.
Dan akhirnya... Apa jadi dgn isu? Selesai ke?
Aku suka bila ciksukan timbulkan soalan tentang apa yg boleh kita buat. Dan jawapan paling tipikal, Tukar Kerajaan!
Nak tuka kerajaan, sememangnya bidang kuasa kita sebagai pengundi. Dan itulah cadangan pendukung pembangkang yg paling bernas dan applicable utk sebarang isu.
Sememang itu sasaran pendukung pembangkang. Itu yg buat aku sedikit nak gelak bila ada yg declare "dia dah kalah"...
Apa yg kau menang sebenarnya? Dah berjaya tukar kerajaan?
Setakat menang tarik tali je... 8 lawan 1 pulak tu. Boleh bangga ke?
Kenapa kita tak boleh anggap isu ni sebagai masalah bersama dan sama2 cari jalan utk seleasaikan?
Bagi aku, isu yg patut jadi tumpuan bukannya kasino tu. Lebih dibincang isu umat. Isu umat Islam yg mengunjung kasino.
Tapi yg lebih ditumpukan kat sini cuma isu bukit. Apa relevannya isu kedudukan ni? Maksiat yg dibuat kat atas bukit dgn bawah bukit tak sama ke level dosanya?
Atau, disebabkan kedudukannya di ats bukit, tempat tu lebih sesuai didirikan masjid? Dan nanti akan ada suara2 yg berkata, "apa ke bang.angnya kerajaan buat masjid besar2 kat atas bukit? Sapa sgt la nak pegi sembahyang kat situ... Membazir duit rakyat je. Baik tukar kerajaan baru"
Terus terang aku kata, aku vote option ke2 dlm poll. Dan terus terang jugak aku kata lagi, dah dua kali aku mengundi dlm pru, dah 4 kali aku memangkah utk beri kuasa kpd calon wakil rakyat yg aku harap utk jadi wakil aku di dewan, tak pernah satu pangkah pun aku berikan utk calon BN.
Sebab aku pun nak tengok kerajaan yg baru. Aku nak rasa, aku nak segala kelemahan kerajaan bn dapat diatasi oleh kerajaan BA (nama lama, hehe...)
Tapi bila berdebat dalam forum, KITA TAK MAMPU UBAH KERAJAAN... Sedarlah tuan2. Tak guna kita main tarik tali kat sini. Tak guna kita meraikan kemenangan di alam maya ni sedangkan realiti tak berubah juga.
Bukan ke lebih baik kalau kita berpadu tenaga utk cari jalan selesaikan isu dgn kuasa yg kita ada?
Kalau asik nak berpolitik, semua isu boleh dipolitikkan. Tapi takda isu yg akan dapat diselesaikan. Cuma akan ada yg bersorak "o yeah.... Dia kalah!"
Balik2 ungkit pasal rosmah tak pakai tudung... Kalau rosmah pakai tudung pun, bini muhyidin pulak jadi sasaran. Lepas tu bini si dia ini dan si dia itu... Seronok kan macam tu... Mencari2 dan membesar2kan salah orang.
Bagi aku, lantak la... Dosa dia dan dosa laki dia. Takkan la kita sbg rakyat ni tumpang berdosa kalau pemimpin tu tak suruh bini dia pakai tudung...?
Tolong betulkan kalau aku tak betul. Aku bukan pandai sgt pasal agama ni.
Just bagi aku, yg lebih penting, mari kita tengok dan pastikan bahawa anak, adik, kakak, bini, emak dan kawan2 perempuan kita pakai tudung. Itu lebih bermakna.
Kita bukan nak bermusuh. Bukan nak menjatuhkan sesiapa di sini. Agak menggelikan ketiak aku bila ada sesetengah forumer terutamanya yg aktif dalam forrum politik yg qoute komen forumer lain dan tepek sbg siggy dgn niat nak mempersenda.
Dan aku juga yakin, ada yg akan pikir aku ni penyokong bn berdasarkan hujah aku. Lantak la apa kau nak percaya... Sama ada nak percaya dgn apa yg kau pikir atau apa yg aku dah tulis kat atas tu.