BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negara Kota Kuno: Kota Marhashi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1604476760527.jpg

FB_IMG_1604476745684.jpg

​
SIRI NEGARA KOTA KUNO: KOTA MARHASHI

Marhashi atau disebut sebagai Warahshe merupakan sebuah negara kota atau negeri persekutuan yang sangat teruk tetapi amat penting. Kota Marhashi terletak tepat di sebelah timur Kerajaan Elam di Iran ynag bersempadan dekat dengan Kerajaan Anshan.

Sempadan timurnya tidak diketahui bahkan lokasi yang tepat tidak dapat ditentukan secara jelas walaupun dicatat berada di Gutian. Tapak arkeologi Jiroft merupakan ibu kota bagi negara kota Marhashi.

Sejak abad ke-23 SM, negara kota Marhashi merupakan penentang utama bagi Empayar Kerajaan Akkadia. Negara ini juga pernah mengalahkan Kerajaan Elam untuk satu waktu serta menyatukan semua penduduk Marhashi untuk melawan orang Akkadia.

Pada tahun 2350 SM, raja dari negara kota Adab yang bernama Raja Lugalannemundu pernah datang mengadap raja Marhashi yang ketika itu bernama Raja Migir-Enlil. Raja Lugalannemundu datang setelah mendapat khabar bahawa negara kota Marhashi dapat menundukkan orang-orang Gutian. Ketika itu, Raja Lugalannemundu dalam kempen memperluaskan penguasaan Sumeria meliputi wilayah dari Teluk Parsi hingga ke Mediterranean bersempadan dengan Pergunungan Tarsus di utara dan Pergunungan Zagros di timur.

Pada sekitar tahun 2300 SM, kekuatan negara kota Marhashi jelas menonjol di sebelah timur Kerajaan Elam sehingga ditakluki oleh Raja Sargon Agung dari Dinasti Akkad. Kemudian pada tahun 2270 SM, raja Marhashi yang bernama Raja Sidgau telah bergabung dengan Kerajaan Elam memberontak menentang kekuasaan Empayar Kerajaan Akkadia. Ketika itu, yang menjadi penguasa Kerajaan Sumeria dari Dinasti Akkad bernama Raja Rimush.

Pemberontakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Rimush. Kemudian, Raja Rimush membuat perancangan serangan balas terhadap negara kota Marhashi dan Kerajaan Elam. Di dalam peperangan tersebut, Raja Rimush dapat menumpaskan dan menundukkan kedua-dua negara tersebut.

Sejak dari peristiwa itu, negara kota Marhashi mengalami kemunduran setelah diperintah oleh raja-raja boneka dan raja yang tidak berpengalaman.

#MAMR

 
Back
Top
Log in Register