BTC USD 81,998.5 Gold USD 4,144.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Negara kerugian billion ringgit akibat nahas jalan raya

aiman27

Active+ Member
Messages
4,608
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
Malaysia mengalami kerugian berbilion ringgit setiap tahun akibat kes kemalangan jalan raya yang kadarnya meningkat setiap tahun, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati pada 2008 saja, negara mencatatkan kerugian RM7.8 bilion yang bersamaan dengan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Berdasarkan perangkaan tahun lalu pula, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding 6,527 orang pada 2008, peningkatan 3.3 peratus yang juga bermakna kerugian dialami negara bertambah berbanding tahun sebelumnya. “Daripada jumlah itu, 60 peratus daripada mangsa adalah penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya selepas menutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan dan Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed.

Cho Ha bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut bentuk kerugian yang dialami oleh negara itu.

Beliau berkata, kajian juga menunjukkan sikap cuai dan sambil lewa penunggang dan pembonceng motosikal terhadap aspek keselamatan termasuk tidak memakai topi keledar dan sering melanggar lampu isyarat, dikenal pasti sebagai penyumbang utama peningkatan kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini.
Katanya, kajian yang dibuat turut mendapati sebanyak 60 peratus kematian berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya manakala 40 peratus disebabkan faktor lain.

“Kajian mendapati sikap cuai pemandu memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat dan memakai topi keledar yang tidak mengikut spesifikasi adalah sebab utama berlakunya kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/a...8bakibatnahassepanjang2008/Article/index_html


semuanya berpunca daripada sikap pengguna jalanraya. kalu kita berhemah semasa dijalanraya tt percaya kadar kemalangan tersebut mampu dikurangkan. sikap itu perlu dibentuk semasa nak mengambil lesen di mana hampir kesemua pengguna jalanraya melalui fasa tersebut. Jika tidak pun sikap itu patut ada pada setiap pemandu. pemandu akan mengikut peraturan jika ada penguatkuasa maknanya seakan-akan lebih takut kpd polis berbanding dgn kehilangan nyawa.

contoh kes: seat belt akan dipakai apabila nampak sekatan jalan di depan.. sedangkan seat belt perlu dipakai utk memberi lebih keselamatan supaya tidak tercampak keluar atau mengurang hentakan jika berlaku kecelakaan jalan raya...
 
tak paham kerugian yang macam mana kerajaan rugi. ada sesapa yg boleh tolong terangkan
 
kerugian dari segi modal insan

tak paham kerugian yang macam mana kerajaan rugi. ada sesapa yg boleh tolong terangkan

yg tt faham. kerugian dari segi modal insan,kalu pekerja meninggal maka kerja akan lambat,pelajar yg baru grade tak sempat berbakti dah meninggal, kerajaan dah melabur utk memberi pendidikan selama 15thn tp xsempat nak menuai hasil.. tp pada tt jumlah itu susah nak dielaskan tetapi secara kesimpulannya kemalangan membawa kpd kerugian. kita kehilangan org yg tersayang, ada anak2 yg yatim piatu, ada keluarga yg kehilangan punca pendapatan. tt rasa kadar kematian akibat kemalangan lebih tinggi drp disebabkan penyakit...
 
kesesakan jalanraya menyumbang lebih besar kerugian pd produktiviti negara. sepatutnya blh smp 30 minit, tp lewat 30 minit.
 
yng aku tak paham...pemandu skg expert....
moto lori kereta suma sama....
 
negara mencatatkan kerugian RM7.8 bilion yang bersamaan dengan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

abah dia lah.
 
tak paham kerugian yang macam mana kerajaan rugi. ada sesapa yg boleh tolong terangkan

tenaga kerja yang tukang cuci darah dan kasi clear tempat kejadian
hospital
ambulan
bla.
bla..
 
pntet die lh..sje nk cover lh tu..nk jd kn alasan lh tu..dgr cte duit asb yg byk hlg..berbilion jgk lh..
 
Jangan yang kata nilah angkara UMNO udahlah... hehehe
 
Back
Top
Log in Register