BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Neelofa tunai umrah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SETELAH berdepan kontroversi bersama pelakon Anzalna Nasir, Juara Dewi Remaja 2010/11, Neelofa, kini berada di Tanah Suci.

Selain menjalani penggambaran di sana bagi drama terbaru Erma Fatima, Kau Yang Terindah, Neelofa turut mengambil peluang berharga itu untuk menunaikan umrah.

Menerusi laman sosial Twitter miliknya, Neelofa tidak putus-putus melahirkan rasa teruja walaupun gementar berada di rumah Allah.

“Ini kali pertama saya ke sini, syukur sebab saya diberi peluang untuk bertamu ke rumah Allah.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan saya berasa amat puas untuk berdoa di sini.

“Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan,” katanya menerusi Twitter.

Dalam masa sama, pelakon Azura 2011 ini turut berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di sana.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/hiburan/neelofa-tunai-umrah-1.65416
 
wah..bgus2..moga brubah imej yg lbh baik..
++ hati & attitude yg lbih baik jgk :)
 
selamat pulang kembali nanti dengan imej baru...amin...
 
moga balik nanti imej bertukar kepada yang lebih baik.. bumi Allah ni bukan di kota suci mekah sahaja.. diserata alam ini adalah bumi Allah.. :)paid:)paid
 
elok gak la
tutup sikit nasi lemak tu
 
kdg2 aku terpk, artis2 yg p Umrah tp dok tang tu gak tak berubah..sebenarnya apa motif diorg p umrah? nk glamer?biar org tau diorg dh penah p umrah atau apa agenda sebenarnya?
 
da kat sana pun sempat tweet ke? fokus pada ibadah yg nak dijalankan....
 
Back
Top
Log in Register