BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Neelofa suka lelaki matang

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
11899485_1639907419555235_379324688_n.jpg


KUALA LUMPUR 2 Mac – Pelakon dan pengacara, Neelofa lebih berminat dengan lelaki matang yang tahu menjaga diri serta keperibadian supaya tidak dilihat terlalu didominasi olehnya.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 27, berkata, dia tidak meletakkan usia atau status seseorang lelaki sebagai tanda aras dalam mencari calon suami, namun lelaki itu seharusnya mempunyai kelangsungan hidup yang berjaya.

Jelas anak kelahiran Kelantan itu, sifatnya yang agak tegas serta matang daripada usianya menyebabkan dia lebih terpikat kepada lelaki yang mempunyai ciri-ciri kematangan yang diakui sukar untuk ditemui.

“Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.

“Malah, saya juga tidak meletakkan sebarang usia namun apabila menjelang usia 30 tahun ini, sejujurnya, saya sedikit gusar,’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Neelofa baru-baru ini ketika mengacarakan sebuah anugerah menyuarakan kebimbangannya kerana masih belum mendirikan rumah tangga biarpun usianya sudah menghampiri 30 tahun.

Mengulas lanjut, Neelofa berkata, dia sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum menjumpai calon suami yang benar-benar membuka hatinya.

Malah, pelakon Pilot Cafe itu mengakui, ada sahaja lelaki yang cuba mendekati namun akhirnya kecundang di tengah jalan dek kerana tidak mempunyai persefahaman dalam perhubungan.

“Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak. Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami.

“Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman. Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan, jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/neelofa-suka-lelaki-matang-1.196485#sthash.VINVQWkp.dpuf
 
dulu asyik terkena dengan orang muda jer.. dah serik ler tew.. lofa tunggu yo.. tok otw ni:">
 
dulu asyik terkena dengan orang muda jer.. dah serik ler tew.. lofa tunggu yo.. tok otw ni:">

Good luck tok, kami kat cg support dr belakang haha :D:)) jgn lupa panggil makan kenuri t hihi
 
Good luck tok, kami kat cg support dr belakang haha :D:)) jgn lupa panggil makan kenuri t hihi

:)cgrock:)cgrock boleh boleh.. tunggu sahaja pengkhabaran baik dari tok:p
 
aku baca neelofa suka batang laki... bukak sekali lagi, silap baca rupanya
 
Matang dan kaya okayy... takar dispatch, kerani atau jual keropok lekor tepi jalan.. sila jangan berharap
 
Adoih cakap je lah nak kawen dengan anak raja. Kan senang straight to the point teruih.
 
dulu asyik terkena dengan orang muda jer.. dah serik ler tew.. lofa tunggu yo.. tok otw ni:">

keepidup tok..biar dia tahu penangan geng CG..kami semua merestui niat tok :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register