TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,124
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,124
- Reaction score
- 22,836
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

SM Faisal SM Nasimuddin (dua dari kanan), Pierfrancesco Scalzo (dua dari kiri), bergambar bersama pelumba Ducati, Andrea Dovizioso (kiri) dan Cal Crutchlow sempena pelancaran Minggu Ducati Asia 2014 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Pengedar rasmi Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd melancarkan model baharu Ducati Diavel 2015 sempena Minggu Ducati Asia 2014.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Naza Group, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata, pengenalan model baharu berkenaan memberi makna yang signifikan bagi barisan produk di bawah jenama Ducati di Malaysia.
Ujarnya, beliau yakin Ducati Diavel 2015 mampu menambat hati penggemar motosikal berkuasa tinggi di Malaysia berdasarkan spesifikasinya yang menarik.
“Ia juga akan membantu meningkatkan penguasaan pasaran kami di dalam segmen motosikal premium seterusnya mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu dalam kelasnya,” katanya selepas majlis pelancaran model Ducati Diavel 2012 dan makan malam sempena Minggu Ducati Asia 2014 di sini baru baru ini.
Yang turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab; Pengurus Besar Ducati Asia, Pierfrancesco Scalzo serta dua orang penunggang MotoGP Ducati Corse, Andrea Dovizioso dan Cal Crutchlow.
Tambah SM Faisal, Ducati Diavel menjanjikan pengalaman menunggang yang menarik dan lebih lancar dan praktikal bagi aktiviti harian.
Ducati Diavel 2015 mempunyai lampu hadapan LED bagi memadankan dengan penggunaan jalur LED berkembar di bahagian belakangnya menjadikan penampilannya lebih kemas.
“Model ini juga ditambah baik dengan tempat duduk penumpang yang lebih luas dan selesa,” katanya.
Model berkenaan dijual pada harga RM109,888.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/kor...ducati-asia-2014-1.17098#sthash.sAL3XRrZ.dpuf