BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Natasha cerai lagi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: “Perkahwinan pertama empat bulan dan kali ini hanya bertahan dua tahun. Saya tak menyesal.

“Saya tak percaya istilah ‘badi’. Sesiapapun mahukan hidup yang sempurna, namun kita boleh rancang tetapi di hujungnya terpulang kepada takdir,” kata pelakon dan model jelita, Natasha Liana Hudson.

Natasha, 27, sebelum ini membuat pengakuan rumah tangganya bersama ahli perniagaan dan politik Datuk Shahrin Zahari, 28, hanya bertahan dua tahun selepas mereka bercerai sebulan lalu.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Nessa Helena, yang kini berusia 18 bulan.

Ia pernikahan kedua Natasha selepas kali pertama dengan ahli perniagaan, Mohd Faiz Mohd Raih, 28, hanya mampu bertahan selama empat bulan.

Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin itu berkata, dia tabah berdepan dengan musibah berkenaan.

“Memang akan ada yang akan membuat pelbagai andaian, tetapi saya malas nak fikir apa orang cakap. Saya, keluarga dan bekas suami kenal sesama kami.

“Ketika ini, saya nak memberi tumpuan kepada anak dan meneruskan hubungan baik dengan bekas suami, begitu juga bekas mentua. Mereka sentiasa memberi sokongan dan semangat,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Menurut Natasha, memori pilu gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali hanya dalam tempoh empat tahun tidak membuatkan dia serik dengan perkahwinan.

“Saya tak serik dan tak boleh mengalah (dengan perkahwinan), cuma ketika ini saya tidak mahu memikirkan mengenai perkahwinan,” katanya.

Natasha yang sebelum ini pernah diboikot wartawan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perceraiannya dan supaya masyarakat tidak tertanya-tanya apakah statusnya.

“Mungkin ini cara terbaik bagi mengelakkan timbul cerita kurang enak atau fitnah di kemudian hari. Saya tidak mahu cerita perceraian ini dipanjangkan, ” katanya yang pernah membintangi filem Tipu Kanan Tipu Kiri ini.

Sambil mengharapkan pengertian ramai, Natasha berkata, meskipun ikatan perkahwinan sudah terlerai sejak sebulan lalu, hubungan dengan bekas suami baik bahkan mereka selalu bertemu.

“Kami berpisah secara baik dan keputusan ini diambil atas dasar persefahaman dan kesepakatan bersama. Tidak ada istilah bergaduh, tiada pembabitan orang ketiga, tiada perkara yang tidak elok kerana kami akhiri hubungan ini secara matang.

“Tolong jangan tanya apa puncanya kerana tidak perlu saya jelaskan secara terperinci dan biarlah ia jadi rahsia kami,” katanya yang bercerai dengan talak satu.

Natasha bagaimanapun enggan mengulas mengenai hal berkaitan tuntutan dan pendaftaran perceraian mereka di mahkamah.

Sementara itu, Shahrin enggan mengulas mengenai perceraiannya dengan Natasha.

“Maaf, saya tengah sibuk. Next time (lain kali) o.k,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Metro Ahad.
 
rupa yg cantik tidak menjanjikan kebahagiaan.....

huh~​
 
Canteeekk :D:D .. inner tak tau la plak..:)):))

kalo laki dia betul....dia leh jadik baik pe....itu pun kalo dia jahat la...

tp mne tau...laki dia ada scandal ngn pompuan lain.....sape tau....

sian natasya....

:(
 
kalo laki dia betul....dia leh jadik baik pe....itu pun kalo dia jahat la...

tp mne tau...laki dia ada scandal ngn pompuan lain.....sape tau....

sian natasya....

:(

donno the main reason behind the divorce .. who knows anyway..:D
 
Back
Top
Log in Register