BTC USD 80,650.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nasihat untuk perokok

Kalau kau ada kawan mcm nie cakap kt dia orang tak yah ngaku mazhab As-Syafi'e. Cakap je ikut mazhab doremon kan senang.



apa kaitan rokok dengan mazhab syafie plak? lepas tu plak sapa kata rokok haram? kalau stakat ulamak kerajaan yang cari makan dengan ugama tuh tak yah laa cakap.... ayat yang ngko tulis tu pun makna dia sangat luas... bukan khusus untuk haramkan rokok pun... kalau ngko nak tahu, pengharaman rokok ni sebenarnya adalah konspirasi... ngkorang tak fikir ka sebab apa WHO PBB nak sangat orang berenti rokok... kalau rokok tuh merbahaya, mustahil btol WHO PBB kafir laknatullah tuh nak suh orang berenti isap... aku ada banyak bahan bukti berkaitan. Jadi harap takyah la lagi guna hukum halal haram untuk rokok. sampai ada yang buat hadis palsu tentang bahaya rokok. Laknat ALLAH untuk orang itu.... Kalau stakat membazir tuh, semua benda dalam idup ngko tuh membazir... bukan keperluan pun, kebanyakan kehendak jer.... sapa lebih *****?? :-?
 
nasib baik aku dah berhenti.
aku jimat RM300 tiap bulan pas berenti rokok.

100usd sebulan tu haha
 
tahniah laa boleh jimat USD100 sebulan. Tapi USD100 sebulan tu tak cukup nak cover penyakit yang selalu dihadapi oleh orang yang tak merokok...
 
Memang dah banyak thread pasal rokok nie tp takpe.
Boleh dikatakan tiap2 tahun harga rokok naik dan fatwa keharaman rokok dah dikeluarkan oleh banyak ulamak dan mufti seluruh dunia tapi kenapa la masih banyak lagi dok sedut makanan jin nie. Kadang2 aku tak paham. Samada dia orang nie kepala batu atau keras kepa.la. Nak kata tak tau rasanya majlis agama dah istihar dan ada kat media masa. Tapi harap2 warga CG takde yg merokok.

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.


Dah la tu, tak yah buat bo.doh

igt skit, kita nanti akan ada suami/isteri, anak, cucu cicit.. tak kena kt kita takpe, kang tuhan balas kat keturunan kita, masa tu baru kita tau...
 
Benti merokok bukan keje senang #:-S..perokok dan yang sewaktu dengan nya jer yang paham..apa² pon jika semua nya demi Allah SWT..insyaalah boleh :)

p/s bekas perokok

Hidup Perokok!!!:))
 
apa kaitan rokok dengan mazhab syafie plak? lepas tu plak sapa kata rokok haram? kalau stakat ulamak kerajaan yang cari makan dengan ugama tuh tak yah laa cakap.... ayat yang ngko tulis tu pun makna dia sangat luas... bukan khusus untuk haramkan rokok pun... kalau ngko nak tahu, pengharaman rokok ni sebenarnya adalah konspirasi... ngkorang tak fikir ka sebab apa WHO PBB nak sangat orang berenti rokok... kalau rokok tuh merbahaya, mustahil btol WHO PBB kafir laknatullah tuh nak suh orang berenti isap... aku ada banyak bahan bukti berkaitan. Jadi harap takyah la lagi guna hukum halal haram untuk rokok. sampai ada yang buat hadis palsu tentang bahaya rokok. Laknat ALLAH untuk orang itu.... Kalau stakat membazir tuh, semua benda dalam idup ngko tuh membazir... bukan keperluan pun, kebanyakan kehendak jer.... sapa lebih *****?? :-?

sila kongsi buktinya tuan supaya semua perokok peroleh manfaat serta dijadikan hujah dari bukti tersebut :)
 
sila kongsi buktinya tuan supaya semua perokok peroleh manfaat serta dijadikan hujah dari bukti tersebut :)

yup.. nak tau gak pasal kebaikan rokok ni ..

=> off topic - riba juga haram. peratus tinggi bg mereka yang terlibat dgn riba.

=> haram takde grade. hukum haram adalah mutlak. riba adalah haram. tapi orang create pusing2 nak bagi tak haram.. nak bagi hukum riba ada grade tertentu supaya tak haram. diulang.. haram takde grade!! haram tetap haram! haram adalah mutlak! hukum riba?

=> bising pasal rokok haram ni, riba haram dah abis bising ke dah abis diam?

=> hukum riba - seumpama berzina dengan ibu sendiri..

=> nak lari dari riba boleh.. ikut kemampuan masing2.. ikut tatatertib mengelakkan diri dari riba.. susah di dunia senang di akhirat.. jangan hanya hidup berlandaskan nafsu..
 
Back
Top
Log in Register