BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihat ayah dibalas tumbukan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Bengang dinasihati ayah, seorang anak ‘naik hantu’ dengan memaki-hamun hingga turut tergamak menumbuk kepala mangsa dalam satu kejadian, petang kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika ayah malang berusia 58 tahun itu berehat di rumah di Lorong Haji Da Jalan Tengku Mahmud, di sini, sebelum dihampiri suspek berusia 33 tahun.

“Sebelum insiden, mangsa cuba menegur anak lelakinya itu agar ubah perangai, namun niat murni mangsa yang ingin lihat anaknya itu menjadi lebih baik, tidak disenangi suspek.

“Suspek yang menganggap teguran itu merupakan satu leteran tidak disukainya, bertindak mengamuk dengan memaki-hamun mangsa menggunakan perkataan kesat,” katanya.

Tidak puas dengan itu, suspek bertindak lebih kejam apabila menumbuk mangsa yang ketika itu hanya mendiamkan diri.

“Suspek menumbuk kepala dan lengan sebelah kiri mangsa menyebabkan mangsa luka di bahagian lengan serta bengkak di kepala.

“Walaupun kesakitan, mangsa tetap tidak melawan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, ayah malang itu mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian berkenaan kepada polis kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada dirinya serta keluarga pada masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/nasihat-ayah-dibalas-tumbukan-1.300391
 
anak derhaka macam ni mati cepat lagi bagus.
 
giler ahh...
kompom tak pose mamat ni..
pastu pukul org tua lak tu...
bacul la bro...
 
kalau dia boleh berubah syukurlah,tapi kalau tak berubah juga mati cepat lagi bagus kurang sikit dosa.


dia bole berubah atau tidak bukan kita yg tentukan

dosa sikit atau banyak sama je

(makan sepinggan atau dua pinggan nasi: SAMA kenyang)
 
Back
Top
Log in Register