BTC USD 81,600.8 Gold USD 4,024.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasib Umar diketahui hari ini

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_02.1.jpg

AKSI Umar ketika sampai di mahkamah Jakarta Barat pada 21 Mei lalu. Umar amat dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) dan wang ganjaran sebanyak AS$1 juta (RM3.16 juta) pernah ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia hari ini akan mengumumkan keputusan perbicaraan ke atas Umar Patek yang dituduh terlibat dalam kes pengeboman di Bali pada tahun 2002.

Keputusan tersebut akan menamatkan siasatan selama sepuluh tahun berhubung kes keganasan yang dianggap paling dahsyat di Indonesia.

Umar, 45, dituduh menghasilkan bahan letupan untuk meletupkan dua buah kelab malam di Bali yang mengorbankan 202 nyawa. Kebanyakan mangsa serangan di Bali ialah rakyat asing termasuk 88 warga Australia.

Dia turut dituduh merancang serangan ke atas gereja di Jakarta pada malam menjelang Krismas tahun 2000 yang membunuh 19 mangsa.

Umar bagaimanapun mungkin akan terlepas hukuman mati apabila pendakwa raya menuntut agar tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana dia sudah menyesal atas perbuatannya.

Digelar 'Lelaki Pemusnah' oleh media Indonesia, Umar merupakan anggota rangkaian pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan menjadi suspek terakhir ditahan di negara itu untuk dibicarakan.

Dia ditangkap pada Januari tahun lalu di Abbottabad, Pakistan selepas lebih lapan tahun melarikan diri. - AFP
 
bukan senang nak tangkap penjenayah mcm ni..kayo klw dapat 3.16juta ni..
 
duit tu xksh sgt..ilmu die tu yg org amerika nk sgt...
 
Smart betul rifle yg tengah tu..:D:D:D
 
diorang bawak pegi Safe House ke? hehehhe...
 
Smart betul rifle yg tengah tu..:D:D:D

Rasa macam M16A4 (bukan M4 sebab laras panjang sangat) dengan M4 retractable stock dan picantinny rail-mounted foregrip. Scope tu tak pasti jenis apa, nampak macam bukan Eotech atau Aimpoint.
 
muka2 the so called penjihad ni kenapa kadang2 menggerunkan ek
 
Back
Top
Log in Register