BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasib mualaf di Malaysia

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
Nasib mualaf di Malaysia

SAYA bertugas sebagai pegawai perubatan di agensi dan hospital kerajaan. Kerap kali saya berhadapan dengan pesakit dan keluarga yang menghadapi masalah sosial seperti kewangan untuk mendapatkan rawatan.

Rujukan kepada agensi bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan sebagainya seringkali membuatkan saya terfikir apa fungsi sebenar agensi ini.

Berdasarkan respons pesakit saya, pegawai bertanggungjawab sering memberi 'tugasan' seperti 'sila isi borang ini dan kembalikan kepada saya', 'sila tunggu surat dari JKM', 'kita akan buat lawatan ke rumah'. Kebanyakan daripada pesakit saya sama ada kurang berpelajaran atau kurang upaya sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.

Paling menyedihkan sekiranya mereka adalah terdiri daripada golongan mualaf. Kes berikut mungkin perlu kepada perhatian semua pihak:

Kes 1:

Pesakit telah menganut agama Islam lapan tahun lalu selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau akui sekiranya beliau masih menganut agama asal, mungkin telah lama beliau membunuh diri akibat hilang upaya, keluarga dan pekerjaan. Bantuan zakat untuk mualaf terhenti selepas lima tahun menjadi saudara baru. Akibatnya beliau sering-kali berulang alik ke JKM memohon bantuan. Akibat 'kelantangan' beliau menegur petugas di JKM, beliau disindir supaya meminta sedekah di tepi jalan saja!

Kes 2:

Pesakit memeluk agama Islam bersama isteri pada tahun 1973 dan dikurniakan seorang anak. Keadaan mereka sekadar cukup makan sehingga suami mengidap penyakit kemurungan serius dan berhenti bekerja. Rujukan ke JKM mengambil masa berbulan-bulan sedangkan beliau memerlukan perbelanjaan perubatan, persekolahan anak dan bayaran ansuran rumah yang tertangguh lebih tiga bulan. Keluarga isteri berusaha mengajaknya kembali ke agama asal tetapi suami bertekad walau apa yang berlaku, beliau dan keluarga akan tetap dalam Islam.

Kes 3:

Pesakit dari Sabah telah memeluk Islam tiga bulan sebelum cedera parah semasa bertugas akibat tembakan peluru. Beliau lumpuh seluruh badan dan terlantar di hospital.

Di dalam beg beliau hanya ada sejadah, kain pelikat, tasbih dan kad Perkim. Apa yang menyedihkan, bantuan daripada agensi berkaitan tidak serius yang akhirnya beliau terpaksa dihantar ke rumah kebajikan Kristian. Tidak pasti apa berlaku selanjutnya. Aduan kepada Perkim memaklumkan ada petugas dihantar ke hospital tetapi akibat masalah tenaga kerja, ia tidak dapat dilakukan dengan kerap.

Saya pasti terdapat lebih banyak kes seumpama ini yang dihadapi oleh kakitangan perubatan terutamanya di hospital. Apa yang dimusykilkan ialah:

l Tiada mekanisme di pihak berwajib yang mengislamkan mereka ini membuat susulan berterusan, bukan terhad dalam tempoh 'saudara baru' sahaja atau sekadar prasyarat untuk berkahwin.

l Sekiranya seseorang mualaf meninggal dunia, agak memeranjatkan kerana status Islam mereka dengan mudah diperoleh sehingga menimbulkan perbalahan kerana si mati didakwa tidak lagi mempraktikkan Islam.

l Tiada networking antara Perkim dengan NGO seperti Persatuan Cina Islam, India Muslim, Jemaah Islah Malaysia yang boleh dilakukan melalui pangkalan data yang diseragamkan.

l Menyediakan portal atau laman sesawang seperti yang dilakukan oleh Jakim di dalam menyediakan laman produk halal. Ini memudahkan sesiapa sahaja merujuk kes mereka ke pihak yang benar-benar serius membantu.

Apa yang diharapkan oleh saya dan mereka yang ikhlas membantu golongan terbabit tanpa mengira status keagamaan dan kaum ialah dapat memberi bantuan bukan setakat rawatan ubatan di klinik dan hospital, bahkan keluarga mereka yang turut menanggung masalah. Cuba bayangkan ia berlaku pada diri kita.

DR. PRIHATIN

Petaling Jaya, Selangor

terlampau banyak prosedur yang menyusahkan...
 
Kes 1:

Pesakit telah menganut agama Islam lapan tahun lalu selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya. Beliau akui sekiranya beliau masih menganut agama asal, mungkin telah lama beliau membunuh diri akibat hilang upaya, keluarga dan pekerjaan. Bantuan zakat untuk mualaf terhenti selepas lima tahun menjadi saudara baru. Akibatnya beliau sering-kali berulang alik ke JKM memohon bantuan. Akibat 'kelantangan' beliau menegur petugas di JKM, beliau disindir supaya meminta sedekah di tepi jalan saja!

apa punya mangkuk la JKM ni... :(
 
dakwah yang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga !! takde langsung rasa tanggungjawab dorang ni.. keje nak gaji je la tu.. perlu perhatian amat serius la bende2 macam ni..
 
Sebenarnya .. apa yang terjadi sekarang ...kalo kita renung2kan...bukan orang luar yang meruntuhkan islam ... tetapi,orang islam sendiri yang meruntuhkan syiar islam itu sendiri... bukan setakat nasib mualaf je yang tidak terbela...malah,orang kita sendiri ada yang tak terbela.... kebanyakan mereka,hanya pandai berbicara, tetapi pada hakikatnya...umpama tin kosong... kekadang sedih bila melihat keadaan ini terjadi... dimana duit zakat yang kita berikan selama ini ...adakah ia telah ia telah disalurkan kepada mereka yang sepatut nya... fikir2kanlah...
 
dakwah yang hanya sekadar melepaskan batuk ditangga !! takde langsung rasa tanggungjawab dorang ni.. keje nak gaji je la tu.. perlu perhatian amat serius la bende2 macam ni..

tiada program susulan........
kat tempat aku pun byk kes mualaf terbiar menghadapi cabaran as muslim........
p masjid org tgk atas bawah....
lepak dgn kawan2 non muslim...
org duk mengata....
kata amar makruf nahi munkar....
ajak p jumpa mualaf tu utk dtg solat berjemaah...
alasan yg diberi...
aku bukan USTAZ.........
Ilmu x cukup lg nak dakwah.....
ada ke sesiapa yg dah cukup ILMU didada?
 
Sebenarnya .. apa yang terjadi sekarang ...kalo kita renung2kan...bukan orang luar yang meruntuhkan islam ... tetapi,orang islam sendiri yang meruntuhkan syiar islam itu sendiri... bukan setakat nasib mualaf je yang tidak terbela...malah,orang kita sendiri ada yang tak terbela.... kebanyakan mereka,hanya pandai berbicara, tetapi pada hakikatnya...umpama tin kosong... kekadang sedih bila melihat keadaan ini terjadi... dimana duit zakat yang kita berikan selama ini ...adakah ia telah ia telah disalurkan kepada mereka yang sepatut nya... fikir2kanlah...

duit zakat berjuta2 balance setiap tahun. pelik gila. patutnya duit tu semua patut diberikan pada mrk yg layak tanpa banyak cerita. knp perlu karenah birokrasi yg mcm2. mcm mualaf tu mmg layak dpt.
 
duit kalau dah ada kat tangan mengeletar jadinya...
 
kalau cam ni baik aku bayar zakat kat arab je lagi bagus boikot jkm hehe
 
cian ... nak mintak bantuan pun susah ... nasib malang btl la
 
Back
Top
Log in Register