ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kes membabitkan suspek dirakam penduduk dan menjadi viral di laman sosial, semalam.
JOHOR BAHRU - Padah cuba melarikan kenderaan milik individu lain, seorang lelaki dicekup selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di Taman Desa Jaya, di sini pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Abdul Samad Saleh berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.20 pagi ketika seorang lelaki berusia 43 tahun ternampak suspek berada di dalam kenderaannya jenis Proton Iswara.
"Ketika keluar dari rumah, pengadu ternampak suspek berada di dalam keretanya yang diletakkan di hadapan rumah.
"Suspek yang menyedari kehadiran pengadu segera melarikan diri menaiki motosikal," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, suspek bagaimanapun berjaya ditangkap apabila motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta kira-kira 50 meter dari rumah pengadu.
"Suspek terbabit dalam kemalangan akibat menunggang motosikal terlalu gopoh dalam usaha untuk menyelamatkan diri.
"Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian bahu kanannya dan terus ditahan pihak polis," katanya.
Dalam pada itu Abdul Samad berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan curi kenderaan.