BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasib malang penjamin hutang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Niat baik seorang pekerja syarikat keselamatan menjadi penjamin kepada seorang rakan sekerja yang mahu membeli sebuah kereta Proton Iswara berharga RM26,000 kira-kira 13 tahun lalu mengundang padah apabila dia kini diisytihar muflis oleh pihak bank.

Lebih teruk, wang hasil jualan rumah pusaka milik keluarganya di Setapak yang sepatutnya dibahagi sama rata dengan tujuh adik-beradik baru-baru ini turut dirampas pihak bank bagi melunaskan hutang itu yang meningkat sehingga RM70,000 selepas beberapa tahun tertunggak.

Pengawal keselamatan terbabit, Wan Hanapi Wan Salleh, 57, berkata, dia berasa terkilan kerana pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih bekerja bagi melunaskan hutang tersebut, sebaliknya merampas wang hasil jualan rumah pusaka keluarganya.

"Saya juga mengalami masalah untuk pulang ke kampung keluarga isteri saya di Indonesia kerana dilarang keluar negara selepas diisytihar bankrap," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Wan Hanapi berkata, lebih membingungkan, dia telah memaklumkan kepada pihak bank tentang lokasi dan pekerjaan rakannya di Jerteh, Terengganu tetapi pihak bank tetap mengambil tindakan terhadapnya.

Dia yang merupakan seorang pesara tentera percaya pihak bank bertindak demikian kerana mahu mengambil jalan mudah memperoleh semula hutang kereta tersebut meskipun pembeli sebenar kereta berkenaan masih bekerja.

Jelasnya, lebih membebankan, meskipun hutang RM70,000 itu sudah dijelaskan tetapi dia masih perlu membayar RM4,000 jika mahu dilepaskan daripada pengisytiharan bankrap.
 
takot nak jamin orang
 
Kesian ... aku rasakan undang2 berkenaan menjamin hutang ini adalh tidak adil kepada penjamin2... bukan nya penjamin yang dapat duit yang dipinjam tu ... tetapi bila tak bayar penjamin lak yang jadi mangsa ... walhal orang yang berhutang tu bebas...

Teringat 1 kes kawan aku ni... arwah bapa dia baru 1 hari meninggal dunia ... tiba2 pagi tu ada 1 pegawai bank telepon rumah bapa dia .. kebetulan dia jawab .. pegawai bank tu bagitau yang arwah bapa dia jadi penjamin pinjaman yang dibuat seorang rakan arwah bapa dia di kampunt tu .. dia bagitau orang bank tu bapa dia baru je meninggal dunia ... yang mengejutkan dia pegawai bank tu boleh cakap waris kena bayar ... nasib baik kawan aku ni bijak ... dia sound pegawai bank tu tolong sebutkan dalam loan agreement tu mana2 clause yang mengatakan waris kena bayo hutang tu..terdiam terus pegawai bank tu tak boleh jawab ..haha padan suka pegawai bank tu.. yang buat kawan aku tu hangin mamat yang buat pinjaman tu bebas je tak de apa2 tindakan pun diambil oleh pihak bank... sepatutnya pihak bank tu pi la cari sendiri orang yg berhutang tu .. aku sendiri .. usahkan nak jamin orang lain .. adik beradik aku sendiri pun aku tak nak ... except loan2 kecil ..
 
kesiannya...tapi itulah risiko yg terpaksa dihadapi oleh penjamin....
 
sia dah alami kes jadi penjamin pinjaman ni....
kena ctoss lagi & naik court...
peminjamnya boleh relax je....... :mad:
 
moral dari kes ini, jgn menjadi penjamin. Setel kes.
 
Hampeh bank ni...dia nk keje senang je...

Abah aku wat hutang taknk bayar, emak aku jd penjamin..skrg ni dh nk pencen..aku pulak yg kena bayar hutang ntah apa2 tu sbb nk clearkan nama emak aku...kalau tak clear susah la dia nk g Haji..
 
sy pun dah terkena..sy jamin kawan di bank rakyat,kawan x bayar beberapa bulan so sy kena cari peg.bank utk selesaikan yg tertunggak klu tidak sy akan di blacklist bersama-sama ngan kawan td.. yg sy hairan kenapa peg.bank tak tuntut,kawan tu masih lg kerja kat airport...diorang nak kerja senang jer..BANK RAKYAT..BANK RAKYAT
 
Back
Top
Log in Register