BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nani juara Mentor 4?

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41
MAS IDAYU meramalkan Nani bakal bergelar juara Mentor Musim Keempat pada malam ini. Anak kelahiran Kuching itu mempunyai nada suara yang unik berbanding pesaingnya, Mohd. dan Adi.

Tambahan pula, pemilik nama penuh Nurhadzwani Salleh ini memenuhi ciri-ciri seorang penghibur setiap kali muncul di atas pentas.

" Suara serak-serak basah Nani boleh membuka mata semua orang. Cuma dia perlu bijak mengawal suara agar tidak sumbang.

''Sebagai orang luar, saya yakin Nani bakal boleh menang. Tapi perlu diingat, sekiranya dia punya keunikan suara tetapi gagal membuat persembahan baik juga akan menidakkan gelaran itu kepadanya,'' kata Mas Idayu yang merupakan mentor kepada juara musim ketiga, Black. Penyanyi Senggol-Senggolan ini juga tidak menafikan pakej rupa yang ada pada wanita berusia 24 tahun itu menjadi faktor mudah mendapat perhatian.

Namun baginya, seseorang juara yang muncul dalam program realiti boleh menjadi 'hangat-hangat tahi ayam' apabila gagal membawa diri sebaik keluar dari rancangan itu.

Apatah lagi selepas ada pihak yang cuba mempertikaikan produk bagi sesuatu rancangan itu tidak bagus dengan membandingkan dengan rancangan realiti tempatan lain yang serupa.

Pada masa yang sama, Mas Idayu menyuarakan kebimbangan sekiranya ketiga-tiga finalis itu mengalami darah gemuruh yang merosakkan seluruh persembahan. Kerisauan itu hasil penilaiannya terhadap Shaq yang mempunyai 'penyakit' yang sama sehingga terkeluar ketika bersaing pada peringkat kumpulan.

''Namun, kita tidak boleh memandang sebelah mata dengan kebolehan Mohd. dan Adi. Bagi saya, mereka berdua bagus tetapi tidak cemerlang bersinar seperti Nani,'' luah pandangan peribadi mentor kepada Shaq ini.

Khalayak boleh melihat persembahan konsisten Nani sejak empat bulan lalu. Pemilihan lagu Terhenti di Tanda Koma ciptaan mentornya, Azmeer, Suci Dalam Debu dan Livin' Da Vida Loca dilihat sesuai dengan suaranya. Tidak ketinggalan juga lagu Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih bersama Papa Rock, Ramli Sarip.

Mohd. yang merupakan protege Ziana Zain dikatakan menjadi saingan terdekat kerana mempunyai vokal yang lantang. Tambahan pula anak kelahiran Johor itu sering mencatat markah tertinggi setiap minggu.

Pemilik nama Mohd. Izwan Mohd. Nor bakal tampil dengan lagu ciptaan Aswandy dan Sham Kamikaze berjudul Cinta, Tragedi Oktober dan Itu Kami. Dia juga bakal berduet dengan Fiq untuk lagu 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang.

Adi Hamiz Johar atau Adi pula bakal membuat kejutan dengan lagu baru ciptaan Omar K berjudul Tafsirkan Cinta selain dua lagu pilihan iaitu Kenangan Terindah dan Suatu Janji. Adi juga bakal ber duet dengan Aizat menerusi Hanya Kau Yang Mampu.

Juara Mentor membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, kontrak artis rakaman Monkey Bone Records dan trofi; naib johan (RM30,000 dan trofi) sementara tempat ketiga (RM10,000).



Mari kita lihat keputusannya mlm ini...
 
asyik dgn WC 2010....xsempat lak nak tengok program ni......
 
tak best ...aku tgh tengok tv lain..takmau tgk mentor walaupon rancgn akhir dah ni...hahahaaa...
 
best gak kalo nani juara.. :p
 
aku pun sokong nani ga..., go..nani go...:D
 
nani pn da masuk mu??waa...caya la player MU <--addicted bola..haha
xbest la mentor ni,,
 
Back
Top
Log in Register