BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima juara pecah rekod tiket konsert

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
KONSERT-BINTANG-LOKAL-PEMECAH-SoldOut.jpg

NAMA-nama besar seperti Siti Nurhaliza, M. Nasir. Sheila Majid, Ella dan KRU mencatat sejarah tersendiri saat menjayakan konsert di Axiata Arena.

Lima juara pecah rekod tiket konsert MENGADAKAN konsert di lokasi besar seperti Axiata Arena Bukit Jalil yang dahulunya dikenali sebagai Stadium Putra sememangnya menjadi idaman kebanyakan penyanyi. Namun tidak semua penyanyi mampu untuk mengadakan konsert di stadium tertutup itu kerana memerlukan bajet yang besar setanding dengan kapasiti lokasinya.

Selain itu, tidak mudah untuk menjual tiket untuk lokasi yang boleh memuatkan hampir 10,000 penonton. Hanya penyanyi yang mempunyai nama besar sahaja yang mampu menjual tiket sebanyak itu. Gala minggu ini menyenaraikan lima penyanyi tempatan yang pernah menganjurkan konsert di Axiata Arena dengan kesemua tiket habis dijual.

Datuk M. Nasir

Penyanyi dan komposer yang mendapat julukan sebagai Sifu ini telah beraksi di Axiata Arena menerusi konsert Cipta M.Nasir yang berlangsung pada tanggal 10 Ogos 2024.

Disebabkan tiket ‘sold out’ dan ramai tidak ‘move on’, Icon Entertainment selaku membikin konsert dengan judul serupa namun konsep berbeza pada tanggal 12 Oktober 2024. Tahun ini, M.Nasir kembali beraksi di Axiata Arena menerusi konsert Cipta 3 yang berlangsung pada tanggal 27 September 2025. Khabarnya selepas ini akan ada lagi konsert dari M. Nasir sempena ulang tahun ke-50 keberadaannya dalam industri muzik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

AXIATA Arena boleh diibaratkan sebagai taman permainan buat Biduanita Negara ini. Sejak tahun 1999 lagi, Siti sudah ‘bersahabat’ dengan arena ini apabila menganjurkan konsert solo pertamanya, konsert Live Siti Nurhaliza pada 30 Oktober 1999.
Dua puluh tahun kemudian itu, penyanyi nombor satu negara itu kembali menawan Axiata Arena menerusi konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour pada tanggal 16 Mac 2019. Pada tanggal 9 Mac 2024, Siti sekali lagi beraksi di Axiata Arena menerusi konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza.

Ella

RATU rock negara ini mencipta magis tersendiri apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung pada 10 Jun 2023 habis dijual dalam masa 24 jam.
Lebih membanggakan kejayaan luar biasa ini turut direkodkan dalam Malaysia Book Of Record sebagai penyanyi pertama yang berjaya menjual 10 ribu tiket dalam masa 24 jam.
Disebabkan sambutan hangat, pihak penganjur menambah satu lagi hari konsert pada 11 Jun 2023.

KRU

Jika Ella berjaya mencipta rekod sebagai artis yang berjaya menjual tiket terbanyak dalam tempoh 24 jam, kumpulan KRU pula mencipta rekod sebagai artis yang berjaya menjual kesemua tiket konsert dalam masa 1 jam menerusi konsert GenKRU yang berlangsung pada tanggal 3 Mei 2025.
Disebabkan fenomena luar biasa itu, pihak penganjur menambah bilangan hari konsert menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak empat hari.

Datuk Sheila Majid

Baru sahaja berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu, Sheila Majid turut tersenarai sebagai antara penyanyi tempatan yang berjaya menjual keseluruhan tiket menerusi konsert Sheila Majid: 40 Years In Music.

Ini merupakan kali pertama penyanyi yang popular menerusi lagu Sinaran itu mengadakan konsert di Axiata Arena. Sheila berjaya mengumpulkan 9,000 peminatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara yang sudah mengikuti kerjaya seninya sejak empat dekad yang lalu.

==============================

Hmm artis ni kalau buat konsert mesti feeling diva sangat! 😅 Walau suka2 je tengok dorang ni glamor kat IG, tapi kalau konsert sold out tu kira hebatlah kan. Sheila Majid pulak baru je up post throwback concert minggu lepas, nampak enjoy sangat vibe dia.

 
Back
Top
Log in Register