BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nampak anak dalam mulut buaya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
PASUKAN SAR berusaha mengesan mangsa yang disambar buaya di Sungai Kinabatangan. FOTO ihsan APM


KANAK-KANAK lelaki disambar buaya dalam kejadian di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Mubibbah Hujung, Kinabatangan, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa, Asmin Abdullah, 8, dilaporkan mandi dan menurunkan perahu di sungai itu bersama ayahnya.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, mangsa berada di belakang ketika bapanya menurunkan perahu.

"Tiba-tiba ayah mangsa terdengar bunyi kocakan air dan apabila berpaling, dia terkejut melihat anaknya disambar reptilia itu lalu hilang selepas disyaki ditarik ke dalam air.

"Ayah mangsa cuba menyelamatkan anaknya, namun sukar dan sejam kemudian ayah mangsa melihat anaknya timbul dan berada di mulut buaya.

"Mereka kemudiannya cuba mengambil dan mendekati reptilia itu, namun haiwan itu membawa mangsa tenggelam semula ke dalam air," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kejadian dilaporkan kepada pasukan penyelamat sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Katanya, sehingga 5.30 petang hari ini, mangsa belum ditemui dan SAR ditangguhkan kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan dan akan disambung semula pada 8 pagi esok.


== hmetro
 
Operasi SAR mangsa dibaham buaya dihentikan

OPERASI mencari kanak-kanak lelaki disambar buaya di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Muhibbah Hujung, dihentikan. FOTO Ihsan APM


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki disambar buaya di Sungai Kinabatangan, dekat Kampung Muhibbah Hujung, dihentikan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, SAR dihentikan sejak semalam susulan tiada sebarang penemuan berkaitan mangsa sejak hari pertama operasi dijalankan.

Menurutnya, dalam masa sama paras Sungai Kinabatangan meningkat dan arus deras susulan hujan lebat turut membantutkan operasi.

"Peningkatan air sungai dalam beberapa hari SAR membimbangkan pasukan kerana ia menyukarkan pencarian.

"Dalam masa sama, ia memberi risiko kepada pasukan penyelamat. Namun pasukan SAR sudah meningkatkan usaha sepenuhnya dengan meluaskan radius pencarian sehingga 30 kilometer semalam," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, SAR boleh diaktifkan semula pada bila-bila masa sekiranya ada petunjuk baru diterima.

"Kami berterima kasih kepada penduduk kampung, pihak ladang, semua agensi penyelamat yang memberi bantuan sepanjang SAR dijalankan," katanya,

Rabu lalu, Asmin Abdullah, 8, turun ke Sungai Kinabatangan bersama ayahnya untuk menurunkan bot dan mandi.

Mangsa kemudiannya disambar buaya dan ketika ditarik masuk ke dalam air sungai ayah mangsa sempat melihat kejadian menyayat hati berkenaan.


== hmetro
 
Innalillahi wa ilaihi rajioun. Semoga dipermudahkan urusan waris
 
sg sana xde sape brani dive

fikir pun dh ngeri nk seluk air sungai

Msia ni kena buat mc siri "Swam people" US- buaya halal utk ditangkap & dijadikan komuditi & sumber pendapatan

nyawa manusia adalah keutamaan dari makhluk buas ni

tapi x fhm lah polisi kt sini
 
Kalau dah pernah rasa daging manusia, lepas ni jadi ketagih pulak binatang tu.
 
Back
Top
Log in Register