BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat..APA PENDAPAT ANDA?

MLM

Active+ Member
Messages
3,543
Joined
Mar 5, 2009
Messages
3,543
Reaction score
36
Points
30
Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.
Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.

"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.

Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik.

"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.

"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.


http://www.malaysiakini.com/news/141423
 
ade live kat tb tak nnti?? hehehe
 
takot kene belasah teruk je karang,
debat2 ni kan alergic sket :D
 
klu tgk dari keberanian dia mencabar.....pasti ada yg kuat cover dia nie....
 
takut puteri jer kalah ni...malu ler.

huhu...namawee ni nampak berani jer.

kalau dia kalah pn, paling koman dia minta maaf..

kalau puteri kalah...mampuih
 
buang masa nak layan budak mulut longkang ni.. sape suruh conteng pic agong.. kutuk org azan...
 
buang masa nak layan budak mulut longkang ni.. sape suruh conteng pic agong.. kutuk org azan...

die mkn kurang hajar skrg ni... tindakan tegas x diambil sblm ni..tulah jd mcm ni
 
Back
Top
Log in Register