BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Namewee akan jumpa PM minggu ini

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
079300dce71c78e0dc6d1bd8a22a645a.gif


Selepas setahun menunggu, akhirnya, penyanyi lagu rap dan juga pembikin filem Wee Meng Chee - atau lebih dikenali sebagai Namewee - akan bertemu Perdana Menteri minggu ini bagi meluahkan halangan yang dihadapi dalam menghasilkan filem pertamanya 'Nasi Lemak 2.0'.

Menurut laporan akhbar China Press hari ini, Namewee mendapat panggilan dari Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu bagi mengesahkan pertemuan berkenaan, bagaimanapun tarikhnya masih belum ditetapkan.

Namewee dipetik berkata beliau akan bercakap mengenai cabaran, masalah dan pengalaman yang diharunginya bagi memohon geran kerajaan bagi menghasilkan filem.

"Saya mahu beritahu beliau bahawa saya telah melalui banyak kesilapan yang tidak sepatutnya... saya harap beliau akan menyokong filem ini dan juga filem terbitan tempatan yang lain," katanya.

Teruja dengan pertemuan yang bakal diadakan itu, Namewee berkata dia berharap perdana menteri akan menyediakan lebih banyak peluang dan bantuan bagi pembuat filem tempatan supaya dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada khalayak lebih luas.

Akhbar harian Cina, Sin Chew pula melaporkan, Namewee akan berkongsi pandangan beliau mengenai 1Malaysia dengan Najib.

"Kami akan jelaskan mesej 1Malaysia yang cuba disampaikan dalam filem ini dan berharap kerajaan dapat melihat konsep 1Malaysia secara serius dengan memberi layanan yang adil kepada setiap rakyat Malaysia dan menyokong pembuat filem daripada pelbagai bangsa yang berbeza."

Namewee sejak bertahun lalu telah memohon bantuan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Filem Negara dan Dana Kumpulan Wang Industri Kreatif.

Meskipun, Menteri di Perdana Menteri Jabatan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz telah bersetuju membantu permohonannya, namun ia akhirnya ditolak oleh Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim.

Alasan beliau adalah bahawa Namewee terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai Malaysia.

Dia kemudiannya mengeluarkan dua klip video pendek bertajuk 'Saya mahu bertemu PM', yang dimuat naik ke Youtube dan ditonton oleh ratusan ribu penonton. Dalam video berkenaan, Namewee menceritakan prosesnya mendapatkan bantuan kerajaan.

Ini kemudiannya disusuli dengan sepucuk surat kepada Najib, meminta satu pertemuan diadakan.http://www.malaysiakini.com/news/175529
 
Namawee gak yg untung, mendapat layanan sebegitu rupa.. org yg pernah mempersendakan Lagu Kebangsaan, dan pernah didakwa terbabit menghina Islam dan azan.. bagusla.
 
aku tak sangka org yg pernah hina negara ni dapat layanan sebegitu rupa
 
apasal jdi mcm tu ha,apa nie misti kerajaan
umno ada buat apa aggrement gan
puak2 ikan sepat nie
 
istimewa sekali dia kan.....
jom pakat hina lagu negaraku, lagu negeri, sultan,, agung...
pasti dapat layanan istimewa juga.... :D
 
sesape yg nak jumpa pm, buatlah lagu kutuk2 kerajaan mesti boleh jumpa lps tu... :D
 
istimewa sekali dia kan.....
jom pakat hina lagu negaraku, lagu negeri, sultan,, agung...
pasti dapat layanan istimewa juga.... :D

kaum sepet je dapat bro,klu kite yg bwat masuk ISA nnt
 
Back
Top
Log in Register