BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Mahu Tindakan Segera, Laporan Pengumuman Inisiatif Pekerja Dalam Dua Minggu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
f8d466da0dda94757133cfcb286d132269f43b31e5e66

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sambutan Hari Pekerja 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tempoh dua minggu kepada semua agensi berkaitan untuk mengemukakan laporan pelaksanaan setiap inisiatif bagi pekerja yang diumumkan beliau hari ini.

Beliau berkata laporan itu perlu diserahkan kepada menteri terlibat, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa tiga minggu lagi.

“Saya tidak mahu amalan lampau di mana pengumuman dibuat, tindakan mengambil masa enam bulan sehingga setahun atau lebih. Pengumuman dibuat hari ini, dalam tempoh dua minggu laporan sampai ke meja menteri dan laporan tindakan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam tempoh tiga minggu.

“Jika tidak, baik Perkeso, HRD Corp, TalentCorp dan lain-lain agensi dipanggil naik ke pentas untuk jawab soalan, bersama menterinya Ramanan (Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan),” kata beliau ketika menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026, yang dihadiri 15,000  warga kerja daripada sektor awam dan swasta dari seluruh negara di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ramanan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, barisan Kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, pegawai kanan kerajaan serta wakil kesatuan pekerja dan majikan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan tiga inisiatif utama iaitu pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin bagi golongan wanita yang menyediakan bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari.

Turut diumumkan ialah Pakej Daya Tahan Ekonomi Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) bernilai lebih RM710 juta, sebagai langkah memperkukuh pembangunan modal insan dan kestabilan pasaran buruh negara.

Ia merangkumi dana RM580 juta oleh Perkeso bagi membantu pekerja kehilangan pekerjaan menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan peruntukan RM100 juta di bawah HRD Yakin MADANI untuk latihan dan penempatan kerja.

Selain itu, RM20 juta disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) bagi latihan pekerja gig serta RM10 juta menerusi TalentCorp bagi Geran Padanan Latihan Industri untuk menyokong PMKS dan syarikat pemula.

 
biase kalau mingu minggu nie ..kaki temberang je ..last2 senyap mcm tu je

mcm Bagi saya satu minggu, saya akan jumpa semua syarikat P-Hailing di Pejabat Perdana Menteri
 
Back
Top
Log in Register